Sayang, ikhlas dan rindu

Saya pernah bertanya pada dia “Apakah sayang?”
Kau sanggup melakukan itu, rela kau melakukan itu, demi aku.
Itukan sayang, sayang
Dia berlalu pergi, hilang ditelan waktu dan saya berjumpa Dia II.
saya bertanya pada Dia II
“apakah itu ikhlas?”
Kita tak tahu, hanya tuhan yang tahu
Saya berkata kepadanya saya tak mampu untuk
menjadi semut hitam di atas batu yang gelap
di malam yang gelap
saya meminta Dia II memahami saya
Dia berkata “suka hati awak nak anggap apa dengan yang saya akan beri”
Dia berlalu pergi tanpa sepatah kata tanpa mampu memandang mata
Saya bertemu selain Dia dan Dia II
saya tak pasti apa-apa
tapi di antara mereka itu saya ada bertanya kepada seseorang
“ikhlas berkawan dengan ikhlas berkasih itu apa?”
seseorang itu berkata saya hanya terlalu bimbang
cinta datang dan pergi, kawan juga begitu…
saya ingin merindui Dia, tapi dia hanya lukisan hitam yang tiada berbayang
saya tiada rasa
saya ingin merindui Dia II, tapi saya cuma mampu mengingati beberapa peristiwa percaya berbanding banyaknya prasangka dan kecewa
saya ingin bercakap tentang rindu dengan yang lain, mereka bukan siapa-saipa, saya juga bukan siapa-siapa
saya kembali menyusuri jalan kembali bertemu bonda dan ayahanda
senyuman yang melingkari bibir begitu bening sekali
saya berkata kepada bonda saya tiada apa untuk disesalkan
bonda kata… ”tidak mengapa, rautmu menceritakan segala-galanya”
saya gembira bersama bonda, ayahanda, adinda-adinda
sahabat, kenalan… tanpa Dia atau Dia II
Tapi saya masih berdoa.. ayat yang 36 hati segala surah yang mengandungi hikmah-hikmah saya bersandar.
Ampunkan saya Ya Rabb kerana saya masih membutuhkan Dia…
Doa saya, biarlah yang menjagai, yang membimbing saya kerana-MU hingga akhir nafas saya
Wani
21.0709 Selasa 3.26pm

No comments yet. Be the first.

Leave a Reply