Mencari Bahagia (2) dan secebis kisah petikan dari Iman dan Kehidupan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Bahagia itu relatif. mungkin sesetengahnya akan berkata begini. sebagai contih, bagi yang sakit bahagia adalah sihat, bagi yang bercerai berai bahagia adalah bersatu dan bagi yang bersatu bahagia sudah diukur kepada perkara lain sama sekali lalu mencari2 kepada pasakkan kepada kebahagiaan itu. sesetngahnya anak, sesetengahnya harta dan lain lain lagi.

apahak bahagia? kita renung beberapa perkara di bawah. semoga kita dapat mengambilnya demi hari depan. yang pasti itu mati, tapi sebelum mati yang pasti ujian tetap akan datang cuma bentuk dan cerita-ceritanya berbeza-beza bagi setiap orang.

1. Firman Allah Ta’la dala Surah Taha ayat 123-126 maksudnya:

“Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: ‘Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dulu melihat?’ Allah berfirma: ‘Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.”

2. Daripada Shuaib r.a, sab da Rasulullah S.A.W bermaksud: “Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, bila ia mensyukuri dan itu adalah kebaikan baginya. Dan, apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya”

3. Yahya Bin Khalid Al-Barmaky, seorang menteri yang mashyur di zaman Bani Abbas ditanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?” Jawabnya: “Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud.”

4. seorang penyair bernama Hutaiah berkata: “Menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpul harta benda tetapi takwa kepada Allah itu bahagia”.

5. Ibnu Khaldun berpendapat: “Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan”

5. Ibnu Mas’ud r.a apabila ditanya: ” Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab ” Bukankah Allah Ta’ala meninggalkanku yang sebelah lagi?”.

Kesimpulannya bahagia memang relatif walaupun ditanyai kepada ilmuan atau sejarawan di atas. yang pastinya sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakal yang tinggi kepada Allah S.W.T.

Tentang isi hati hanya tuhan yang tahu. Ayat Surah al-Mulk ayat 13 yang bermaksud:

“Boleh kamu rahsiakan perkataan kamu lahirkan terang-terang, sesungguhnya Tuhan itu mengetahui isi hati”.

HAMKA: “Sedang banyaknya manusia itu sendiri tidak sedar akan hakikat sebenar apa yang dalam isi hati”

Pesanan ringkas: sila baca majalah solusi isu 6 untuk mencari solusi pada persoalan mencari bahagia ini sebabnya lain ulu lain parang:P dan jawapan mencari bahagia adalah kepada berdasarkan kepada tafsiran Friman Tuhan dalam Surah Taha di atas dan secara ringkasnya ialah semuanya adalah pilihan kita sendiri.

————————————————————–

Dimana bahagia ?

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: “Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu”. Si isteri menjawab dengan tenang, “Anda tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberi kebahagiaan kepadaku”.

Suami bertanya: ‘Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?” Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: “Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. dan kalau terletak pada pakaian dan perhiasan, tentu juga anda sudah sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendir atau orang lain (Sorry mencelah, waima diri sendiri jika tak terima/gagal mengikuti petunjuk).

Suami bertanya dengan penuh kehairanan. “Dimanakah kebahagiaanmua?” Isteri menjawab dengan penuh keyakinan:

“Sesungguhny aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku dalam hatiku. Tiada seorangpun yang dapat menguasai hatiku melainkan Allah.”

————————-

Sungguh Allah yang Esa-lah yang empunya hati-hati manusia yang sering berbolak-balik…

Wallahua’lam.