Untuk seorang sahabat lama.. (moga kau mengerti)
Saat mentari lenyap kerana malam dan demi saat sepinya dinihari, biarlah aku begini seketika. aku bukan tidak menghargai keikhlasanmu malah aku amat mengagumimu, setiap kata-kata dan bait indah itu tersimpan dalam kotak memoriku.
terima kasih akan cebisan doa itu.. bisakah kiranya ku tujukan kepadamu. Maafkan aku kerana tidak mampu mencari bait-bait lebih indah dari itu malah keindahan bait-bait itu ku kira selayaknya untukmu kembali…
“Wahai Maha Pengasih, Jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar sahabatku tak terjatuh ke dalam jurang cinta yang murah.Wahai Maha Pengasih, Jika sahabatku rindu,rindukanlah dia pada seseorangyang merindu syahid di jalan-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya, agar dia tidak lalai dari meridui Syurga-Mu”
Terima kasih sahabat lama… aku tetap akan berdoa untuk persahabatan ini akan kekal selamanya. Maafkan aku yang begitu melindungi diri. jika aku tersalah dalam langkahku, jika aku tersilap dalam keputusanku… biarlah aku belajar dari kesilapanku. Maafkan aku. Akanku doakan yang terbaik untukmu. izinkan aku untuk kembali membuka pintu persahabatan ini apabila segala-gala kewalangan aku berakhir…
Salam.
-Wani-