Soal Hati… (Mymetro)

bicara hati nih aku selalu dekah-dekahkan.. tentang keihklasan dan kejujuran. dalam dunia hukum halal dan haram serta wajib amat jelas tapi kita selalu dikabur dengan yang ditengah-tengahnya. contohnya soal hantaran yang tiada dalam agama kita tapi adalah kemestian adat … justification hanyalah kepada kehendak akal atau hati yang kita sendiri tak tahu betul salahnya… sekarang aku dah tau jawapannya… ianya terletak pada hati. pengalaman adalah guru paling berharga dan memangnya sesetengah orang harus melalui jalan susah (sekadar yang mampu dibw, spt janji tuhan) untuk satu ilmu yang begitu berharga.. mudah-mudahan…

tiga peringkat hati.

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.
Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

“Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).” (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’d)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu’iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

——————————————–

betul lah kata sudirman… hehehe… jauh disudut hati…. moga2 kita dibukakan pintu hati bukannya hati yang kita buka sendiri atas lintasan hawa… susahkan nak beza antara hati nurani ataupun bisikan palsu.

http://www.youtube.com/watch?v=fVvXzOj_j94 rindu terhenti-tomok!!!! i love u!!!! :p

Keindahan dalam kesedihan…

Berikut adalah beberapa mutiara kata tentang Cinta dan kehidupan.
Ada dua titis airmata mengalir di sebuah sungai. Satu titis airmata itu menyapa air mata yang satu lagi. “Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?” “sya ialah air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja”
2.Cinta sejati adalah kasih tuhan kepada hambanya. Kasih murni adalah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan”

3.Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraa, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi diri sendiri dan tidak merubahnya kepada gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai diri sendiri yang kamu temui dalam dirinya.

 
5.Ketika satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang yang lain dibukakan. Tetapi, kita terlalu lama berhenti dipintu yang tertutup hingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita

6.Kata-kata itu sebenarnya tidak pernah mepunyai makna untuk menjelaskan perasaan.

7.Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan.

8.Hidup adalah gabungan bahagia dan derita. Itulah yang menguji iman seseorang.

 1st Mei 2009.. aku jumpa satu location yang tersorok dari orang ramai kat Port Dickson. tempat tuh seres memang cantik dan best untuk lepak2 sensorang atau ramai2. tapi ada satu sudut tuh hampeh betul… jadik tempat buang sampah. kat sana aku menyedari bahawa kehidupan ini amat sangat indahnya seindah pemandangan yang aku nampak dari sudut mata aku sendiri. kenapa perlu berduka sedang alam sendiri berkata segalanya amat2 indah belaka.. kecuali tempat yang jadik pembuangan sampah tuh….

last wiken, aku jenguk makbapak aku yang baru balik dari umrah. dah lama tak borak2 nagn derang. kebetulan karen mati. aku borak ngan mak aku sampai pukul 4 pagi…. tentang kesah sebuah perpisahan… kesimpulan dari borak2 tuh mak aku cakap sesuatu n suruh aku amek pengajaran darinya dan teruskan melangkah.

mak cakap

“yang sorang hilang harga diri kerana keluarga dan terus hilang harga diri kerana mengejar cinta yang tak tentu. yang sorang lagi hilang harga diri kerana mengejar cinta yang kononnya sejati… sanggup berbuat apa sahaja.”

mungkin ada betulnya cakap mak walaupun berdasarkan kepada cerita sebelah pihak…

Mak aku pesan hidup cuma sekali…. jadik jangan buang masa…

aku suka nih… baru dapat dari email sorang member. tapi dua benda nih aku suka gilest…

1. It’s better to lose your Ego to the one you Love,
than to lose the one you LOVE because of EGO.

JOHN KEATS

maknanya tuk aku… orang tuh lau dah nampak ego tahap buruk tapi blah gak sahlah dia tak sayang so jgn buang masa , u deserve to be loved by a man who love you

2. Don’t make promise when you are in JOY . Don’t  reply when you sad and dont make decisions when u angry.

maknanya tuk aku… orang tuh lau buat promise tenagh gembira belum tentu betul… tapi bila reply tenagh sad itulerr yang paling sincere tapi takut plak dengar kecik ati tapi bila buat decision tengah marah sah2 emosi tak stabil… jangan layan.

kisah sebatang bambu…

cerita kat bwh ni gak ekstreme tapi itulah yg sebenarnya hidup. kesakitan dan kesulitan hanyalah untuk menyediakan kita menjadi lebih tabah cantik dan berguna (kalau tau amek -pengajaran kot… lau tak… terbelenggulah kita dalam kekecewaan dan salah meyalahkan orang lain dan lupa tengok diri sendiri dan perbaikinya…)

Kisah sebatang Bambu

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu, “Wahai bambu, maukah engkau ku pakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?”

Batang bambu menjawabnya, “Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu.”

Sang petani menjawab, “Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang ku tanam dapat tumbuh dengan subur.”

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam.. , kemudian dia berkata kepada petani, “Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?”

Petani menjawab batang bambu itu, “Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah.”

Akhirnya batang bambu itu menyerah, “Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki.”

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya?

Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiar kan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya?

Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, “Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki.”

 

nota: aku nih bila laaa nak de mood keje. lau bos aku tau mati aku. lau tak sms, chatting takpung ni ha baca blog org tulis blog….

« Previous Page