Bos aku tetibe muncul kat depan.. Hah! beranganlah tuh!

Nasib baiklah aku bukan orang yang jenis melatah latah!! lagi2 akukan dalam fasa kontrol macho supaya sume nengok aku cam biase2 jerr..

hepi plak aku rini! sehepi aku merasakan kehepian dalam hati aku hari nih… dulukan masa aku kena tinggal ngan tunang aku.. aku nengok langit pun tak mampu. aku rasa alam sedang mengejek aku bahawa aku ini pesalah besar yang terlalu mengagung2kan cinta.. hikmahnya sekarang baru aku rasa. rasa yang menusuk sanubari kalbu.. tahu lama dah tapi tak rasa macam rini…bahawa kuasa tuhan itu maha agung dan adalah silap besar kalau aku putus asa ngan rahmat dan kasih sayang-Nya. aku rasa setiap kali penghinaan aku terima dan setiap kali itu aku merasa bertambah lapang dada… aku sendiri tak tahu kelapangan dada aku adalah ciptaan aku sendiri atau berkat doa ibu atau …

ya ya aku tengah berangan masa bos aku sampai.. nasib baik dia tak datang pasal keje tapi nak borak2 kosong jerr… You know Wani… i percaya sumenya dah tertulis. cerita kita yang begini begitu dan akan begini atau begitu memang dah ada. skrip tuh dah ada dah!  but seriously, i think i will start my morning Yassin.. seriously!

walaupun skrip tuh dah ada dah tapi kita ada doa dan doa itu adalah tanggungjawab. itulah sebabnya ada doa.. moga2 skrip itu akan berubah kepada lebih baik. (hmm… aku nih kuli jerr kan… selalu aku rasa nak bengkeng jerr cakap dia tapi harinih… aku tadahkan telinga dgn rasa lebih gembire.. gembire? betul ke?)

Ya.. teringat aku tentang pelacur yang masuk syurga kerana ikhlas memberi minum pada anjing yang haus. teringat gak aku pada si alim yang mati dalam kesesatan kerana nak try buat jahat tapi si jahat yang mati dalam iman kerana didetikkan hati untuk bertaubat dan seterusnya teringat plak kisah seorang hamba Allah zaman nabi Musa yang sangat sibuk beribadah berpeluang tanya nabi Allah itu adakah dia akan masuk syurga… dikhabarkan tidak tapi dia tetap beribadah dan tidak kecewa atau putus asa pada ketentuan dan rahmat tuhan… akhirnya Ya.. dia adalah salah seorang penghuni Syurga. Kerana yang Maha Pengampun dan Penyayang itu adalah Dia dan aku nih bukan berdekah2 kata aku nih baik atau tak baik tapi siapa yang layak menilai kalau bukan hanya Yang Esa?

Bos aku pun blah… ok jumaat nih i pegi S.alam u gi melaka. tadi bos aku cite pasal mamat lawyer kat s.alam tuh… kesian hidup dia. lost.. binik mati cancer… bukan senang wei menghadapi perpisahan lagi2 kalau mati. entah apa la yang dia regret sanagt tak pun rindu badak kot…

ooopsss! satu client cekadak call… memang cekadak dan tangan aku menggigil… punca cekadak derang pun sebab we have this damn… takguna cakap benda yang dah lepas… seriously aku menggigil. no my left hand jerr… sebabnya.. out of control. unexpected event. so selama nih aku tak menggigil cenggini sebab dah expect la ke?

No comments yet. Be the first.

Leave a Reply