9 nafsu dan 1 akal pompuan atau 9 akal dan 1 nafsu lelaki (2)
kebanyakan pelajar muslim bersetuju dengan ungkapan itu kerana ia amat familiar didengar. Aku pon pernah dengar ungkapan ni masa sekolah agama rakyat dulu ketika ustaz sekolah agama yg mengutarakannya. Tetapi sebagai lecturer atau ustaz yg berpendidikan agama tak seharusnya mengutarakan pendapat itu kerana ia tiada langsung didalam al-quran dan as sunnah dan ternyata ia hanyalah pendapat yang terkenal dan dikatakan disitu dan disana.
first sekali kita mesti tahu dahulu definisi akal dan nafsu itu sendiri :
akal bermaksud :1. budi fikiran yg sihat 2. daya upaya, atau ikhtiar 3. muslihat ata tipu daya 4nafsu pula bermaksud :
1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati
2. Hawa - kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik
3. Makan - keinginan utk makan, selera
4. Amarah - dorongan hati untuk melakukan sesuatu yg kurang baik
Di dalam al-Quran pula nafsu banyak ditujukan kepada beberapa golongan:
1. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan kuffar
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (al-baqarah : 87)
2. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan nasrani dan yahudi
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah :120)
3 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (an-nisa’ :27)
4. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan yang beriman
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (annisa :135)
5. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan lelaki
i) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali imran :14)
dan ayat ini:
-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur :30)
- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)
Melalu surah an-nur ayat 30 dan 31, Allah menujukan ayat 30 dahulu kepada lelaki manakala ayat 31 kepada perempuan dan tiada langsung ungkapan mengatakan perempuan lebih bernafsu daripada lelaki.
Ternyata ungkapan “Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu manakala perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu” itu tidak langsung berasal daripada al-quran dan as sunnah dan ia juga bukan berasal daripada islam. saya tidak berapa setuju dengan ungkapan itu. Memang lah lelaki lebih cerdik daripada perempuan tetapi tidaklah beza akal sampai 8 (9 - 1). dan saya amat bersetuju kalau mengatakan bahawa perempuan penuh dengan emosi berbanding dengan lelaki. sebab itulah hukum talaq diberikan kepada lelaki kerana jikalau diberikan kepada perempuan memang ramailah janda dalam islam ini. Lelaki memang berfikiran panjang sebelum membuat dan menyatakan sebarang keputusan tetapi perempuan pula lebih suka membuat keputusan melulu dan tanpa berfikir panjang. Sekianhttp://www.terjah.com/v2/
—————————
aku cuma nak tambah yang nyata bahawa antara suami dan isteri haknya sama. takde labih dan kurang kecuali lelaki memegang Talak. Nafkah adalah dipundaknya. Firman-Nya, antara lain,
“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita.”
Maknanya lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Satunya berguna pada yang satu lagi. Allah juga ada berfirman maksudnya:
“Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan.”
aku percaya, setiap kelebihan selalu datang dengan tanggungjawab sama berat dan sama tinggi dengan kelebihan itu.
aku jugak selau percaya kegembiraan akan datang sama berat dan sama tinggi dengan kesedihan. kerana tanpa kesdihan nikmat kegembiraan tidak boleh dirasai… kecuali manusia yang memilih jalan mudah kononya tak perlu bergembira yang penting tiada duka… bagaimana manusia mengukur sabar itu juga satu persoalan yang aku ngan mak aku selalu bincangkan (kami sekepala dalam hal ini).
adakah diamnya si isteri yang punya laki penagih dadah… buat dek jerr biarkan dikira sabar berbanding isteri yang sabar tak henti nasihat dalam cara apa sekalipun untuk lakinya bertaubat– hanya satu anology sebab isteri kedua akan lebih banyak bebel - of course ma!!!–
next issue>> sabar itu apa dan bagaimana? kerana diam juga boleh disalahgunakan untuk tunjuk marah dan benci!!!
———————–akuyangtaksabarnakjadikcikgu!!!
betul tu sebaiknya kita selidiki dahulu sebelum menerima. apabila bercerita tentang nafsu ni memang banya yang perlu di ketahui dahulu. semua itu memerlukan guru yang murshid…. sentiasalah tambah ilmu agar kita tidak mudah menerima sesuatu tanpa berfikir…
sekarang belajar kat mana?? bila boleh jadi cikgu??