9 nafsu dan 1 akal pompuan atau 9 akal dan 1 nafsu lelaki (2)

kebanyakan pelajar muslim bersetuju dengan ungkapan itu kerana ia amat familiar didengar. Aku pon pernah dengar ungkapan ni masa sekolah agama rakyat dulu ketika ustaz sekolah agama yg mengutarakannya. Tetapi sebagai lecturer atau ustaz yg berpendidikan agama tak seharusnya mengutarakan pendapat itu kerana ia tiada langsung didalam al-quran dan as sunnah dan ternyata ia hanyalah pendapat yang terkenal dan dikatakan disitu dan disana.

first sekali kita mesti tahu dahulu definisi akal dan nafsu itu sendiri :

akal bermaksud :1. budi fikiran yg sihat 2. daya upaya, atau ikhtiar 3. muslihat ata tipu daya 4nafsu pula bermaksud :

1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati

2. Hawa - kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik

3. Makan - keinginan utk makan, selera

4. Amarah - dorongan hati untuk melakukan sesuatu yg kurang baik

Di dalam al-Quran pula nafsu banyak ditujukan kepada beberapa golongan:

1. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan kuffar

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (al-baqarah : 87)

 

2. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan nasrani dan yahudi

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah :120)

 3 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq

 Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (an-nisa’ :27)

4. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan yang beriman

 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (annisa :135)

 5. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan lelaki

 i) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali imran :14)

dan ayat ini:

-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur :30)

- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)

Melalu surah an-nur ayat 30 dan 31, Allah menujukan ayat 30 dahulu kepada lelaki manakala ayat 31 kepada perempuan dan tiada langsung ungkapan mengatakan perempuan lebih bernafsu daripada lelaki.

Ternyata ungkapan “Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu manakala perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu” itu tidak langsung berasal daripada al-quran dan as sunnah dan ia juga bukan berasal daripada islam. saya  tidak berapa setuju dengan ungkapan itu. Memang lah lelaki lebih cerdik daripada perempuan tetapi tidaklah beza akal sampai 8 (9 - 1). dan saya amat bersetuju kalau mengatakan bahawa perempuan penuh dengan emosi berbanding dengan lelaki. sebab itulah hukum talaq diberikan kepada lelaki kerana jikalau diberikan kepada perempuan memang ramailah janda dalam islam ini. Lelaki memang berfikiran panjang sebelum membuat dan menyatakan sebarang keputusan tetapi perempuan pula lebih suka membuat keputusan melulu dan tanpa berfikir panjang. Sekianhttp://www.terjah.com/v2/

—————————

aku cuma nak tambah yang nyata bahawa antara suami dan isteri haknya sama. takde labih dan kurang kecuali lelaki memegang Talak. Nafkah adalah dipundaknya. Firman-Nya, antara lain,

“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita.”

Maknanya lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Satunya berguna pada yang satu lagi. Allah juga ada berfirman maksudnya:

“Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan.”

aku percaya, setiap kelebihan selalu datang dengan tanggungjawab sama berat dan sama tinggi dengan kelebihan itu.

aku jugak selau percaya kegembiraan akan datang sama berat dan sama tinggi dengan kesedihan. kerana tanpa kesdihan nikmat kegembiraan tidak boleh dirasai… kecuali manusia yang memilih jalan mudah kononya tak perlu bergembira yang penting tiada duka… bagaimana manusia mengukur sabar itu juga satu persoalan yang aku ngan mak aku selalu bincangkan (kami sekepala dalam hal ini).

adakah diamnya si isteri yang punya laki penagih dadah… buat dek jerr biarkan dikira sabar berbanding isteri yang sabar tak henti nasihat dalam cara apa sekalipun untuk lakinya bertaubat– hanya satu anology sebab isteri kedua akan lebih banyak bebel - of course ma!!!–

next issue>> sabar itu apa dan bagaimana? kerana diam juga boleh disalahgunakan untuk tunjuk marah dan benci!!!

———————–akuyangtaksabarnakjadikcikgu!!!

Yang sebenarnya.. dragon ball 7 bijik semuanya.. ini adalah 1/2 bahagian jwpn pada soalan aku lam kepala lepas postkan sajak semalam…

Aku terpaksa kata ianya 1/2 bahagian jawapan pada persoalan isu di bawah memandangkan ianya lebih bercerita tentang nafsu yang 9 oleh perempuan dan nafsu yang 1 oleh lelaki… bagaimana akal yang 9 oleh lelaki dan akal yang 1 oleh perempuan?

Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal!!

Assalamualaikumwarahmatullah

Sudah agak lama rasanya jari ini tidak melenggokkan rentak tulisannya. Mungkin dek kerana ketagihan membuatkan penulis ingin menulis setelah membaca satu hasil penulisan daripada seorang sahabat. Tajuknya mungkin agak remeh.. namun penulis mengkagumi sikapnya yg begitu anthustias dalam mengkaji sesuatu isu. Dari segi itu, penulis boleh memberikan rating 5 bintang kepadanya. Cuma mungkin ada sedikit ruang di mana teguran dapat dibuat untuk pengislahan minda bersama.

“Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal” Begitulah kira-kira tajuk yang diperbincangkan olehnya. Sahabat ini telah menghuraikan tentang bait perumpamaan ini yang padanya bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Penulis menyeru kepada para netter, marilah kita perincikannya untuk melihat kebenaran yg tersingkap disebaliknya.

Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Saya kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari..Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut?

Sahabat ini dengan tegas menafikan bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran dan As Sunnah. Adakah ini benar? Jawapan penulis, YA MEMANG BENAR. Jadi daripada mana ya datangnya ungkapan ini? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar? Jawapan penulis, TIDAK sahabatku…

Penulis menjunjung sikap berhati-hati dan teliti yang dilakukan dalam penulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi bagaimana pula dengan kata-kata para ulama’? ataupon abid yang taat? Ataupon seorang ahli tasawwuf yang telah berjaya menyingkirkan dunia dari dirinya? Adakah kita harus mengikut dan mendengar kalimah ucapan dari mereka? Jawapan penulis…YA!! Kita harus menghormati keilmuan mereka dan mencontohi kerendahan hati mereka dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah semata-mata..

Penulis suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Asal usul ungkapan ini ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kedembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.

Ingin penulis nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.

Sebelum itu, penulis ingin bertanya netter semua, kenalkah kamu semua akan Rabiah Al Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri?

Sedikit coretan mengenai riwayat hidup Rabiah Al Adawiyyah.

“Rabiah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Dilahirkan berhampiran kota Basra di Iraq. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Bapanya hanyalah bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.”

Bagaimana pula dengan Hassan Al Basri?

Nama penuh al-Hassan al-Basri adalah al-Hassan b. Abil-Hassan al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Disitu, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. al-Hassan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Pernah menyusu pada Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. al-Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulamak terkemuka dalam peradapan Islam. al-Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi). Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah merubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.”

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Penulis bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian.

Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 akal ataupun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hemat penulis, tidak perlu diperbesarkan.

Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawayyah dan Imam Hasan Al-Basri.

Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma’sum seperti baginda Rasulullah. Justeru kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Kita berasa bimbang jika kalau-kalau secara tidak sengaja kita telah menghina 2 tokoh yang telah diakui oleh ulama akan kewarakan mereka. Jadi nasihat penulis kepada sahabat-sahabat lain, berhati-hatilah dengan penulisan anda.

Jangan sesekali menghukum secara kejam dan terjun kepada konklusi yang amat keras seolah-olah kata-kata Rabiah dan Iman Hasan Al-Basri itu adalah bersifat double-standard. Kita tidak layak untuk menghukum begitu..walhal ramai dikalangan kita yang tidak menguasai bahasa arab sekalipun. Sedangkan kita tahu bahawa bahasa Arab ini penuh dengan balaghahnya. Tambahan pula gaya bahasa Rabiah dan Imam Hasan Al Basri tinggi kerana golongan sufi ini amat suka bersyair dan berpuisi.

Penulis menasihatkan sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu ulum Quran dan Mustalah hadith memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadith sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.

Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadith, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan berbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya’ di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.

Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja. Kisah-kisah ataupun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah. Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum ulama sebelum kita.

Marilah kita memilih aliran sederhana, yakni aliran yang tidak bias atau taksub kepada sesuatu ulama’. Sekali lagi penulis menyeru agar para netter sekalian memilih sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Wassalam.

www.Khairolkhalid.blogspot.com

———————————————————————————————-

(harapnya.. kemusykilan aku bukanlah hendak mempersoalkan tetapi untuk lebih mencari dan mendalami rahsia ilmu dan kehidupan… bukan mempersoalkan. ada org kata bila curios barulah semangat nak cari… tapi harap2 tak jadi macam kucing la kan… curiosity always kill them!”) - being always me.. that almost dead for being misunderstood. I KNOW… SOMEDAY THERE WILL BE… ahaks!

Rossa konpius ke aku yang Konpius?.. “aku bukan nabi yang bisa sempurana”… ada nabi pompuan ke?

Wanita… akal senipis rambutnya…Written on December 23, 2003 – 4:34 pm | by AA Abdurrahman | Muslim Delft

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan olih lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah..
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
didiklah mereka dengan panduan dariNya..
jangan coba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka semakin liar..
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka semakin derita..
kenalkan mereka kepada Allah..
zat yang kekal..
disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca kuatkan dengan iman..
perasaan selembut sutera hiasilah dengan ahlak..
suburkanlah ia karena dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
ia bukan diskriminasi Allah..
sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya..
pasti tidak akan terhibur..
dan tidak akan menghiburkan..
tanpa iman ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus…
bahkan akan semakin membengkok..
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi durhaka..
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata mata..
tapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..
pimpinlah diri kepadaNya..
jinakkan diri kepada Allah..
niscaya akan jinaklah segala galanya dibawah pimpinanmu..
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah…