Untuk seorang sahabat lama.. (moga kau mengerti)

Saat mentari lenyap kerana malam dan demi saat sepinya dinihari, biarlah aku begini seketika. aku bukan tidak menghargai keikhlasanmu malah aku amat mengagumimu, setiap kata-kata dan bait indah itu tersimpan dalam kotak memoriku.

terima kasih akan cebisan doa itu.. bisakah kiranya ku tujukan kepadamu. Maafkan aku kerana tidak mampu mencari bait-bait lebih indah dari itu malah keindahan bait-bait itu ku kira selayaknya untukmu kembali…

“Wahai Maha Pengasih, Jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar sahabatku tak terjatuh ke dalam jurang cinta yang murah.Wahai Maha Pengasih, Jika sahabatku rindu,rindukanlah dia pada seseorangyang merindu syahid di jalan-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya, agar dia tidak lalai dari meridui Syurga-Mu”

Terima kasih sahabat lama… aku tetap akan berdoa untuk persahabatan ini akan kekal selamanya. Maafkan aku yang begitu melindungi diri. jika aku tersalah dalam langkahku, jika aku tersilap dalam keputusanku… biarlah aku belajar dari kesilapanku. Maafkan aku. Akanku doakan yang terbaik untukmu. izinkan aku untuk kembali membuka pintu persahabatan ini apabila segala-gala kewalangan aku berakhir…

Salam.

-Wani-

9 nafsu dan 1 akal pompuan atau 9 akal dan 1 nafsu lelaki (2)

kebanyakan pelajar muslim bersetuju dengan ungkapan itu kerana ia amat familiar didengar. Aku pon pernah dengar ungkapan ni masa sekolah agama rakyat dulu ketika ustaz sekolah agama yg mengutarakannya. Tetapi sebagai lecturer atau ustaz yg berpendidikan agama tak seharusnya mengutarakan pendapat itu kerana ia tiada langsung didalam al-quran dan as sunnah dan ternyata ia hanyalah pendapat yang terkenal dan dikatakan disitu dan disana.

first sekali kita mesti tahu dahulu definisi akal dan nafsu itu sendiri :

akal bermaksud :1. budi fikiran yg sihat 2. daya upaya, atau ikhtiar 3. muslihat ata tipu daya 4nafsu pula bermaksud :

1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati

2. Hawa - kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik

3. Makan - keinginan utk makan, selera

4. Amarah - dorongan hati untuk melakukan sesuatu yg kurang baik

Di dalam al-Quran pula nafsu banyak ditujukan kepada beberapa golongan:

1. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan kuffar

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (al-baqarah : 87)

 

2. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan nasrani dan yahudi

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah :120)

 3 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq

 Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (an-nisa’ :27)

4. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan yang beriman

 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (annisa :135)

 5. Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan lelaki

 i) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali imran :14)

dan ayat ini:

-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur :30)

- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)

Melalu surah an-nur ayat 30 dan 31, Allah menujukan ayat 30 dahulu kepada lelaki manakala ayat 31 kepada perempuan dan tiada langsung ungkapan mengatakan perempuan lebih bernafsu daripada lelaki.

Ternyata ungkapan “Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu manakala perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu” itu tidak langsung berasal daripada al-quran dan as sunnah dan ia juga bukan berasal daripada islam. saya  tidak berapa setuju dengan ungkapan itu. Memang lah lelaki lebih cerdik daripada perempuan tetapi tidaklah beza akal sampai 8 (9 - 1). dan saya amat bersetuju kalau mengatakan bahawa perempuan penuh dengan emosi berbanding dengan lelaki. sebab itulah hukum talaq diberikan kepada lelaki kerana jikalau diberikan kepada perempuan memang ramailah janda dalam islam ini. Lelaki memang berfikiran panjang sebelum membuat dan menyatakan sebarang keputusan tetapi perempuan pula lebih suka membuat keputusan melulu dan tanpa berfikir panjang. Sekianhttp://www.terjah.com/v2/

—————————

aku cuma nak tambah yang nyata bahawa antara suami dan isteri haknya sama. takde labih dan kurang kecuali lelaki memegang Talak. Nafkah adalah dipundaknya. Firman-Nya, antara lain,

“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita.”

Maknanya lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Satunya berguna pada yang satu lagi. Allah juga ada berfirman maksudnya:

“Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan.”

aku percaya, setiap kelebihan selalu datang dengan tanggungjawab sama berat dan sama tinggi dengan kelebihan itu.

aku jugak selau percaya kegembiraan akan datang sama berat dan sama tinggi dengan kesedihan. kerana tanpa kesdihan nikmat kegembiraan tidak boleh dirasai… kecuali manusia yang memilih jalan mudah kononya tak perlu bergembira yang penting tiada duka… bagaimana manusia mengukur sabar itu juga satu persoalan yang aku ngan mak aku selalu bincangkan (kami sekepala dalam hal ini).

adakah diamnya si isteri yang punya laki penagih dadah… buat dek jerr biarkan dikira sabar berbanding isteri yang sabar tak henti nasihat dalam cara apa sekalipun untuk lakinya bertaubat– hanya satu anology sebab isteri kedua akan lebih banyak bebel - of course ma!!!–

next issue>> sabar itu apa dan bagaimana? kerana diam juga boleh disalahgunakan untuk tunjuk marah dan benci!!!

———————–akuyangtaksabarnakjadikcikgu!!!

Yang sebenarnya.. dragon ball 7 bijik semuanya.. ini adalah 1/2 bahagian jwpn pada soalan aku lam kepala lepas postkan sajak semalam…

Aku terpaksa kata ianya 1/2 bahagian jawapan pada persoalan isu di bawah memandangkan ianya lebih bercerita tentang nafsu yang 9 oleh perempuan dan nafsu yang 1 oleh lelaki… bagaimana akal yang 9 oleh lelaki dan akal yang 1 oleh perempuan?

Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal!!

Assalamualaikumwarahmatullah

Sudah agak lama rasanya jari ini tidak melenggokkan rentak tulisannya. Mungkin dek kerana ketagihan membuatkan penulis ingin menulis setelah membaca satu hasil penulisan daripada seorang sahabat. Tajuknya mungkin agak remeh.. namun penulis mengkagumi sikapnya yg begitu anthustias dalam mengkaji sesuatu isu. Dari segi itu, penulis boleh memberikan rating 5 bintang kepadanya. Cuma mungkin ada sedikit ruang di mana teguran dapat dibuat untuk pengislahan minda bersama.

“Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal” Begitulah kira-kira tajuk yang diperbincangkan olehnya. Sahabat ini telah menghuraikan tentang bait perumpamaan ini yang padanya bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Penulis menyeru kepada para netter, marilah kita perincikannya untuk melihat kebenaran yg tersingkap disebaliknya.

Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Saya kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari..Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut?

Sahabat ini dengan tegas menafikan bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran dan As Sunnah. Adakah ini benar? Jawapan penulis, YA MEMANG BENAR. Jadi daripada mana ya datangnya ungkapan ini? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar? Jawapan penulis, TIDAK sahabatku…

Penulis menjunjung sikap berhati-hati dan teliti yang dilakukan dalam penulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi bagaimana pula dengan kata-kata para ulama’? ataupon abid yang taat? Ataupon seorang ahli tasawwuf yang telah berjaya menyingkirkan dunia dari dirinya? Adakah kita harus mengikut dan mendengar kalimah ucapan dari mereka? Jawapan penulis…YA!! Kita harus menghormati keilmuan mereka dan mencontohi kerendahan hati mereka dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah semata-mata..

Penulis suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Asal usul ungkapan ini ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kedembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.

Ingin penulis nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.

Sebelum itu, penulis ingin bertanya netter semua, kenalkah kamu semua akan Rabiah Al Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri?

Sedikit coretan mengenai riwayat hidup Rabiah Al Adawiyyah.

“Rabiah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Dilahirkan berhampiran kota Basra di Iraq. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Bapanya hanyalah bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.”

Bagaimana pula dengan Hassan Al Basri?

Nama penuh al-Hassan al-Basri adalah al-Hassan b. Abil-Hassan al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Disitu, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. al-Hassan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Pernah menyusu pada Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. al-Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulamak terkemuka dalam peradapan Islam. al-Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi). Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah merubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.”

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Penulis bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian.

Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 akal ataupun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hemat penulis, tidak perlu diperbesarkan.

Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawayyah dan Imam Hasan Al-Basri.

Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma’sum seperti baginda Rasulullah. Justeru kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Kita berasa bimbang jika kalau-kalau secara tidak sengaja kita telah menghina 2 tokoh yang telah diakui oleh ulama akan kewarakan mereka. Jadi nasihat penulis kepada sahabat-sahabat lain, berhati-hatilah dengan penulisan anda.

Jangan sesekali menghukum secara kejam dan terjun kepada konklusi yang amat keras seolah-olah kata-kata Rabiah dan Iman Hasan Al-Basri itu adalah bersifat double-standard. Kita tidak layak untuk menghukum begitu..walhal ramai dikalangan kita yang tidak menguasai bahasa arab sekalipun. Sedangkan kita tahu bahawa bahasa Arab ini penuh dengan balaghahnya. Tambahan pula gaya bahasa Rabiah dan Imam Hasan Al Basri tinggi kerana golongan sufi ini amat suka bersyair dan berpuisi.

Penulis menasihatkan sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu ulum Quran dan Mustalah hadith memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadith sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.

Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadith, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan berbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya’ di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.

Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja. Kisah-kisah ataupun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah. Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum ulama sebelum kita.

Marilah kita memilih aliran sederhana, yakni aliran yang tidak bias atau taksub kepada sesuatu ulama’. Sekali lagi penulis menyeru agar para netter sekalian memilih sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Wassalam.

www.Khairolkhalid.blogspot.com

———————————————————————————————-

(harapnya.. kemusykilan aku bukanlah hendak mempersoalkan tetapi untuk lebih mencari dan mendalami rahsia ilmu dan kehidupan… bukan mempersoalkan. ada org kata bila curios barulah semangat nak cari… tapi harap2 tak jadi macam kucing la kan… curiosity always kill them!”) - being always me.. that almost dead for being misunderstood. I KNOW… SOMEDAY THERE WILL BE… ahaks!

Rossa konpius ke aku yang Konpius?.. “aku bukan nabi yang bisa sempurana”… ada nabi pompuan ke?

Wanita… akal senipis rambutnya…Written on December 23, 2003 – 4:34 pm | by AA Abdurrahman | Muslim Delft

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan olih lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah..
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
didiklah mereka dengan panduan dariNya..
jangan coba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka semakin liar..
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka semakin derita..
kenalkan mereka kepada Allah..
zat yang kekal..
disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca kuatkan dengan iman..
perasaan selembut sutera hiasilah dengan ahlak..
suburkanlah ia karena dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
ia bukan diskriminasi Allah..
sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya..
pasti tidak akan terhibur..
dan tidak akan menghiburkan..
tanpa iman ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus…
bahkan akan semakin membengkok..
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi durhaka..
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata mata..
tapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..
pimpinlah diri kepadaNya..
jinakkan diri kepada Allah..
niscaya akan jinaklah segala galanya dibawah pimpinanmu..
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah…

Cinta yang menyakitkan… “Maria tak mengerti…:

Mereka telah saling mengenal sejak bersekolah dan sejak menjadi sahabat baik. Mereka berbagi semua dan apapun juga dan menghabiskan banyak waktu bersama dalam dan setelah sekolah. Tetapi hubungan mereka tidak berkembang namun hanyalah sebatas teman. Siti menyimpan rahasia, kekagumannya dan cintanya kepada Imam . Dia memiliki alasan tersendiri untuk menyimpan hal itu sendiri.

TAKUT! Takut akan penolakan, takut jika Imam tidak merasakan hal yang sama,takut kalau Imam tidak menerimanya sebagai temannya lagi,takut kehilangan seseorang yang dia merasa nyaman bersamanya. Setidaknya jika dia tetap menjaga perasaannya, dia mungkin masih bisa bersama Imam dan dengan harapan, bahwa Imam lah yang akan mengatakan bagaimana perasaannya kepada Siti.

Waktu terus berjalan dan sekolah telah bubar. Imam dan Siti pergi ke arah yang berlainan. Imam melanjutkan studinya ke keluar negeri,sedangkan Siti mendapatkan pekerjaan. Mereka tetap saling berhubungan, dengan surat,saling mengirimkan foto masing-masing dan saling mengirimkan hadiah. Siti merindukan Imam akan kembali. Dia telah memutuskan bahwa dia memiliki kekuatan untuk mengatakan kepada Imam bagaimana perasaan cintanya, jika Imam kembali.

Dan tiba-tiba, surat dari Imam terhenti. Siti menulis kepadanya, tetapi tidak ada jawaban.

di mana dia? Apa yang terjadi? Banyak pertanyaan yang ada di kepalanya.Dua tahun berlalu dan Siti tetap berharap bahwa Imam akan kembali atau setidaknya mengiriminya surat.Dan doanya terkabul.

Dia menerima surat dari Imam , mengatakan�! � Siti, aku punya kejutan untukmu�temui aku di bandara pukul 7 malam. Aku tidak kuat menunggu untuk menemuimu lagi. Cinta dan cium Imam�

Siti berbunga-bunga. Cinta dan cium, berarti banyak bagi seorang wanita yang belum merasakan cinta sebelumnya. Dia begitu gembira atas kata-kata itu.

Ketika harinya telah tiba, Siti menunggu dengan cemas. Dia memakai pakaian terbaiknya dan berusaha terlihat secantik mungkin. Dia mencari Imam kesana kemari. Tetapi tidak dilihatnya Imam . Kemudian datang seorang wanita dengan pakaian ketat berwarna biru yang seksi.

Dia begitu perhatian melihat Siti, �Hai! Aku Angie, temannya Imam.Kamu Siti?� tanyanya. Siti menganggukkan kepala. �Maaf, aku punya kabar buruk bagimu. Imam tidak akan datang. Dia tidak akan datang lagi,� kata wanita itu, sambil meletakkan tangannya di pundaknya Siti.

Siti tidak dapat mempercayai hal yang dia dengar!!! Apa yang telah terjadi?? Siti bingung, dia amat sangat khawatir sekali dan wajahnya menjadi pucat. �di mana Imam ? Apa yang terjadi padanya??? Katakan padaku�� Siti memohon kepada si wanita.

Si wanita melihat dengan cermat ke Siti dan dia menepuk pundak Siti dan mengatakan, �ALAMAK SITI� INI IKE IMAM�APAKAH IKE TERLIHAT CANTIK SEKARANG? AIH�.AIH��YEY NGGAK BISA NGENALIN IKE LAGI YAH??? IHHH�SEBEL DEH�..!!!�

Dan kemudian Siti langsung pingsan�

www.ketawa.com

copy bulat2 dari blog saifulislam…erti hidup pada yang memberi (macam mana?)

MEMBERI DENGAN KASIH SAYANG KALAU TAK HANYA BEBAN….

Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

 

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

 

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF

Kisah sufi II

Kisah-Kisah Sufi :: Penderitaan Adalah Awal dari Pencerahan I

Suatu hari, seorang lelaki tengah memecah tanah dengan cangkul. Seorang lelaki lain yang bodoh datang kepadanya dan berteriak, “Hei, mengapa kau merusak tanah itu?”

“Tolol!” jawab si pencangkul, “Pergilah kau dan jangan ganggu aku! Mengertilah perbedaan antara penghancuran dan pertumbuhan. Bagaimana mungkin tanah ini berubah menjadi kebun mawar atau ladang gandum, bila sebelumnya tak kau pecah-pecah dan kau rusak? Bagaimana mungkin tanah ini menjadi petamanan yang penuh dengan dedaunan dan buah-buahan, bila sebelumnya tak kau hancurkan dan kau remukkan?

“Sebelum kau pecahkan bisulmu dengan pisau, bagaimana mungkin penyakitmu itu dapat sembuh? Sebelum tabib memulihkan kesehatanmu dengan obatnya yang pahit, bagaimana mungkin penyakitmu dapat hilang?

“Ketika seorang penjahit menggunting sepotong kain, sedikit demi sedikit, apakah ada orang yang mendatanginya dan berteriak: Mengapa kau rusak satin indah ini? Apa gunanya serpihan-serpihan kain satin? Ketika para tukang datang untuk memperbaiki bangunan tua, bukankah mereka memulai pekerjaan mereka dengan menghancurkan bangunan itu terlebih dahulu?

“Lihatlah para tukang kayu, pandai besi, atau tukang daging. Kau akan temukan bahwa penghancuran adalah awal dari pembaharuan. Penderitaan adalah awal dari pencerahan. Bila kau tak membiarkan biji-biji gandum itu untuk digiling, dari mana dapat kau peroleh roti untuk makananmu?”
————————

Mak aku telefon malam tadi, suaranya dah ceria tak macam masa hantar aku balik hari tuh…. sedih campur hiba. Mak oh mak. itulah mak aku, yang datang tiba2 di depan pintu rumah aku saat aku begitu melukakan dan terus2 berada disamping aku saat aku membutuhkan dan tak henti2 nasihatnya saat aku gembira atau tidak.. apa aku nal belikan tuk dia ek?

Demi tuhan… maafkan aku

www.Barokah.wordpress.com

Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan. Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini. Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.

————————————————————–

Kisah sufi

Di zaman Nabi Syuaib, seorang pria datang ke e hadapan Nabi, “Tuhan telah menyaksikan semua dosa yang aku lakukan. Namun karena kemurahanNya, Ia masih juga belum menghukumku.”
Tuhan lalu berkata kepada Syuaib, “Katakan pada orang itu: Engkau merasa Tuhan belum menghukummu padahal sebaliknya.

“Tuhan telah menghukum tetapi kau tak menyadarinya. Kau berkelana di tengah rimba tanpa tujuan. Tangan dan kakimu terikat. Kau tak lain hanyalah waja yang penuh dengan karat.

“Semakin hari kau dibutakan oleh hal-hal spiritual. Bila api mengenai waja yang masih bersih, jelaganya terlihat seketika. Tapi dengan waja yang permukaannya amat hitam seperti milikmu, siapa yang mampu melihat betapa tebalnya jelaga itu?

“Ketika kau berhenti mengingat-Nya, lapisan karat itu bergerak menuju jiwamu.

“Bila kau menulis di atas sehelai kertas, tulisan itu akan mudah terbaca. Namun bila kertas itu kau remas berulang kali, apa yang kau tulis akan sulit untuk kau baca.

“Tenggelamkan dirimu dalam larutan pembersih karat. Hapus jelaga itu seluruhnya.”

Setelah Syuaib mengutarakan semua ini, saat itu pula mawar bermekaran di hati pria itu. Tapi ia masih bertanya, “Aku masih ingin tahu satu tanda bahwa Dia benar-benar telah menghukumku.”
Sekali lagi Tuhan, melalui lidah Syuaib, berkata, “Aku takkan menyingkapkan rahasiamu, tapi Aku akan tunjukkan sehingga kau mengerti.

“Dalam hidupmu, kau telah banyak beramal salih. Kau sering berpuasa dan salat malam. Tapi kau belum menikmati semua itu. Kau memiliki banyak buah, namun tak ada yang rasanya manis. Tanpa cita rasa dan benih kenikmatan, sebiji epal takkan tumbuh menjadi pohon yang penuh dengan buah. Begitu pula dengan ibadahmu, ibadah tanpa kenikmatan tak lebih dari sekadar khayalan….”

azri.free.fr

Cinta dunia…

Bila dua dunia bertemu dan tak boleh memahami corak kehidupan memasing. Sapa salah betul bukan ceritanya sebab dah lepas. Iktibarnya besar cuma bagaimana harus bertindak dan menanganinya. Bukan orang itu tapi aku sendiri dalam meniti masa depan. Tak kiralah kita hidup dengan sapa, kat mana kita berada dan apa pun latar belakangnya, masalah tetap ada. itu hakikat hidup. aku tanya mak aku apa kegembiraan mak dapat selepas peristiwa yang menyebabkan mak tiga minggu tak makan…. jawapan dia adalah semuanya ditelan waktu. susah senang lalui dengan redha. (itu yang mak dapat?) aku tambah hairan?.. hmmm..tapi untuk orang yang lari dari masalah memang senang. tak suka buang, pakai masa suka2 jerr.. ada masalah lari. ada masalah lari. macam tuh aku pun senang. so senanglah aku agaknya… harap2. amin.

lain orang lain cara menangani masalah. ikut jalan senang dapatla senang. ikut jalan susah dapatlah susah tapi kedua2 ada baiknya. kita jerr kena pandai amek kebaikan tuh lau tak mana2 jalan pun susah lau tak pandai amik pengajaran..

 
http://nurjeehan.hadithuna.com/
DUNIA sudah memperlihatkan kepada kita kekejamannya terhadap sesetengah insan yang kurang bernasib baik. Seorang kuli yang bekerja di pasar dengan bermodal tulang empat kerat terpaksa mengangkat barang beratus kilogram sehari demi mendapatkan RM20 atau RM30 untuk nafkah anak dan isteri.

 Seorang wanita yang bekerja membersih tandas awam pulang ke rumah hingga jauh malam semata-mata hendak mendapatkan RM500 sebulan demi anak yatimnya. Suami yang bekerja sebagai kerani terpaksa menolong isteri menjual kuih seawal jam 4 pagi semata-mata mahu memberi keselesaan hidup kepada anak mereka.

Mereka semua bukan orang yang malas seperti dianggap golongan kaya serta berkedudukan tinggi yang suka mencemuh, pantang melihat orang miskin. Boleh jadi tenaga dan kecekalan hati orang fakir jauh lebih hebat daripada keadaan orang yang lahir tidak mengenal langsung apa itu kemiskinan.

Untuk berada di puncak kejayaan, ada kalanya seseorang mesti mengorbankan kebahagiaannya. Sedikit demi sedikit wang dikumpul, harta dijimatkan dan digandakan dengan usaha gigih. Selepas jangka waktu yang panjang titik peluh itu kini berbuah hasilnya.

Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat. Untuk memiliki sebuah rumah teres yang sempit bagi orang berpendapatan sederhana perlukan masa lima atau 10 tahun untuk mengumpul wang dan dalam tempoh itu terpaksalah berpindah-randah menyewa rumah.

Betapa berharganya wang RM1 yang dikumpul demi impian memiliki rumah sendiri. Itu pun masih harus menghabiskan saki baki hutang hingga 25 tahun lagi. Tidak hairan jika minum air kosong dan makan dengan telur mata kerbau setiap hari pun tidak mengapa demi rumah idaman.

Pernahkah kita menyelami dasar hati dan bertanya: “Mengapa untuk mendapatkan kekayaan dunia manusia sanggup berjaga sepanjang malam, bangun awal pagi, bersesak dan berebut mencari rezeki demi kenikmatan dunia yang sementara ini.”

Padahal Allah sudah menjanjikan syurganya yang lebih hebat lagi kekal selamanya tanpa perlu keletihan bekerja seharian, tanpa perlu tertekan dengan persekitaran yang kejam, tanpa perlu menjadi binatang buas yang kerjanya mengorbankan orang lain demi nafsu serakah.

Ramai yang tertekan dengan persaingan di pejabat, jatuh-menjatuhkan untuk mendapat kedudukan tinggi, bodek-membodek, tikam belakang hingga berhadapan dengan segala ego dan kesombongan melampau.

Golongan fakir pula kecut perut dikejar hutang, dengki dengan harta orang lain, putus asa dengan pendapatan yang licin habis pada tengah bulan. Betapa kita ditertawakan oleh takdir kita sendiri.

Suratan nasib anak Adam yang melakonkan segmen kehidupan cukup melelahkan. Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur. Semuanya atas pilihan masing-masing. Hingga suatu masa nanti mereka yang memilih lorong gelap dalam hidupnya ternganga disentap malaikat maut. Pelik tapi benar, mereka ini sempat juga mahu merasuah dengan apa saja yang pernah dimiliki di dunia supaya boleh terselamat daripada azab Allah.

Al-Quran menceritakan yang bermaksud:

“Sedang mereka saling memandang, orang kafir ingin kalaulah dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak, isteri, saudara mara dan kaum keluarganya yang melindunginya di dunia, dan orang di atas bumi seluruhnya (segenap isi dunia sekalipun). Kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat! Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak. Yang menggelupas kulit kepala. Yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling (dari agama). Serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 11-18)

 Demi mendapatkan dunia, mereka sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka. Akhirnya semua itu mahu dijadikan tangkal untuk keselamatan dirinya sendiri. Jika boleh mereka dijadikan benteng bagi melindungi dirinya daripada azab Allah. Tidak hairan siapapun boleh dijadikan mangsa hatta anak dan isteri sendiri. Jika begitu keadaannya, manusia sebenarnya sudah ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Semua benda yang disukai, dikejar, dikumpul, direbut daripada tangan orang lain akhirnya tidak boleh menolongnya sedikit pun pada akhirat nanti.

Kadang-kala kita berfikir jika Allah memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, adakah Dia akan memberi kepada kita juga pada akhirat nanti?

Terbit rasa takut dan risau jika membaca ayat al-Quran yang sungguh menyentap hati yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): Kamu sudah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu sudah bersenang-senang menikmatinya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 20)

 Alangkah ruginya memiliki segala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama 60 tahun saja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja.

 Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai, begitu pula hidup miskin lagi bahaya kerana manusia boleh jadi lebih dekat kepada kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.

Kita hanya disuruh memenangi perlawanan itu dengan senjata iman. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”

Bermimpi untuk memilih rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah salah seorang kamu mengambil wuduk kemudian memperbaiki wuduknya dan mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani). Diwajibkan masuk syurga seperti lafaz daripada Imam Muslim.

 Bagi mereka yang miskin atau kaya, yang masih bernafsu untuk menakluk dunia mencapai kemuncak kenikmatan yang fana ini, sampai bilakah jerih payah dan pengorbanan dapat memuaskan diri? Jika suruhan dan perintah Allah Yang Maha Kaya tidak dipenuhi?

 Suatu ketika di negeri akhirat nanti, Allah akan menyelamatkan seorang penghuni neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia merangkak-rangkak menghampiri syurga Allah dan dialah orang terakhir memasukinya.

 Kemudian Allah yang Maha Kaya berfirman yang bermaksud:

“Pergilah dan masuklah ke syurga, untukmu yang sebanding dengan dunia dan sepuluh kali ganda.” Yang demikian itu dikatakan serendah-rendah kedudukan ahli syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wahai pencinta dunia, tidakkah rugi menukarkan yang 10 kali ganda itu dengan apa yang kita miliki sekarang? Bukankah banyaknya nikmat Allah yang diberi untuk seluruh makhluk di dunia ini seumpama setitis air daripada jari yang dicelup ke dalam lautan? Kerana yang setitis itu manusia saling menumpahkan darah, sungguh betapa kejamnya dunia yang menipu.

Cinta dunia cinta akhirat

- Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat.

- Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur - semua atas pilihan masing-masing.

- Demi mendapatkan dunia, manusia sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.

- Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai. Hidup miskin mendekatkan manusia dengan kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.

- Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”

 “Ya Allah… Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.”

 

Bos aku tetibe muncul kat depan.. Hah! beranganlah tuh!

Nasib baiklah aku bukan orang yang jenis melatah latah!! lagi2 akukan dalam fasa kontrol macho supaya sume nengok aku cam biase2 jerr..

hepi plak aku rini! sehepi aku merasakan kehepian dalam hati aku hari nih… dulukan masa aku kena tinggal ngan tunang aku.. aku nengok langit pun tak mampu. aku rasa alam sedang mengejek aku bahawa aku ini pesalah besar yang terlalu mengagung2kan cinta.. hikmahnya sekarang baru aku rasa. rasa yang menusuk sanubari kalbu.. tahu lama dah tapi tak rasa macam rini…bahawa kuasa tuhan itu maha agung dan adalah silap besar kalau aku putus asa ngan rahmat dan kasih sayang-Nya. aku rasa setiap kali penghinaan aku terima dan setiap kali itu aku merasa bertambah lapang dada… aku sendiri tak tahu kelapangan dada aku adalah ciptaan aku sendiri atau berkat doa ibu atau …

ya ya aku tengah berangan masa bos aku sampai.. nasib baik dia tak datang pasal keje tapi nak borak2 kosong jerr… You know Wani… i percaya sumenya dah tertulis. cerita kita yang begini begitu dan akan begini atau begitu memang dah ada. skrip tuh dah ada dah!  but seriously, i think i will start my morning Yassin.. seriously!

walaupun skrip tuh dah ada dah tapi kita ada doa dan doa itu adalah tanggungjawab. itulah sebabnya ada doa.. moga2 skrip itu akan berubah kepada lebih baik. (hmm… aku nih kuli jerr kan… selalu aku rasa nak bengkeng jerr cakap dia tapi harinih… aku tadahkan telinga dgn rasa lebih gembire.. gembire? betul ke?)

Ya.. teringat aku tentang pelacur yang masuk syurga kerana ikhlas memberi minum pada anjing yang haus. teringat gak aku pada si alim yang mati dalam kesesatan kerana nak try buat jahat tapi si jahat yang mati dalam iman kerana didetikkan hati untuk bertaubat dan seterusnya teringat plak kisah seorang hamba Allah zaman nabi Musa yang sangat sibuk beribadah berpeluang tanya nabi Allah itu adakah dia akan masuk syurga… dikhabarkan tidak tapi dia tetap beribadah dan tidak kecewa atau putus asa pada ketentuan dan rahmat tuhan… akhirnya Ya.. dia adalah salah seorang penghuni Syurga. Kerana yang Maha Pengampun dan Penyayang itu adalah Dia dan aku nih bukan berdekah2 kata aku nih baik atau tak baik tapi siapa yang layak menilai kalau bukan hanya Yang Esa?

Bos aku pun blah… ok jumaat nih i pegi S.alam u gi melaka. tadi bos aku cite pasal mamat lawyer kat s.alam tuh… kesian hidup dia. lost.. binik mati cancer… bukan senang wei menghadapi perpisahan lagi2 kalau mati. entah apa la yang dia regret sanagt tak pun rindu badak kot…

ooopsss! satu client cekadak call… memang cekadak dan tangan aku menggigil… punca cekadak derang pun sebab we have this damn… takguna cakap benda yang dah lepas… seriously aku menggigil. no my left hand jerr… sebabnya.. out of control. unexpected event. so selama nih aku tak menggigil cenggini sebab dah expect la ke?

Next Page »