Aku yang di sini….
Dah lama aku tak blogging merapu pasal kehidupan yang aku lalui dengan pendapat dan terjemahan aku sendiri atas pengalaman atau kebetulan2 yang aku lalui. aku nak amek kesempatan ini untuk buang masa tulis blog dan merapu seperti biasa sebab aku dah nak masuk tahap maksimum! aku belum masuk tahap menyampah atau sakit ati tapi aku dah maksimum sabar dengan segala ke——- entahlah… aku pun tarak tau mau bilang itu apa?!!!
aku dah lama dah… dalam kepala otak cuma keje-keje-keje… dah tak kira weekend ke weekdays ke malam ke sianng pala otak aku cuma pikir pasni apa nak kena buat dan siapkan. lepas raya aku harituh aku masuk gear tiga… push segala benda untuk kedepan dengan cepat… masuk krismas aku masuk gear lima pastu sekarang aku dah menggagau…. hahahaha!!
kecelaruan emosi aku lately macam tambah berbelit campur ketaksimple-an cara aku berfikir. mulanya- staff kat opis aku yang berduyun-duyun ngandung dan maternity dalam masa dekat-dekat. lepas sorang-sorang… tak kira lagi staff yang kononnya tahu buat semua benda tapi sebenaranya tak… tak kira lagi staff degil yang tak ikut arahan ataupun diam tapi belakang2 buat cara sendiri konon cara dia lagi efisien tapi sebebnarnya jauh nak mampus dari ok… tak kira lagi yang baru2, nak kena train…. Wei…. akubukan tokei kedailah nak piki pasal opis nih.. ni bukan opis bapak aku! ni pun bukan opis aku! ni pun…. tapi.. owh kenapa ada tapi…. oOOOIiioooooooiiiiiiIIIIIIOOoooiiii la—-
dalam pada aku cuba untuk menjustifikasikan segala kekurangan dan ketidakcukupan dan sedaya upaya untuk terus berdiri dengan baik sebaik terjemahan aku sendri akhirnya aku serender! bendera putih… serender dengan badan aku yang semakin hari semakin letih dan akhirnya sakit. dari hujung kuku kaki sampai hujung kuku jari sampai pala otak aku yang semakin mereng…. semuanya rasa nak meletup …literally. badan aku tak larat….
sekarang aku kat rumah… aku sedang melimitkan diri aku untuk kosentret siapkan witness statement yang satunih sebab dah masuk 30pages pung tapi separuhsiap pun tak sampai sebenarnya… aku memang macam nak mampus walaupun mampus pun aku tak tau rasanya macam mana! hahahahahaha……
yang sebenarnya…Aku amat mencintaimu… mencintai hidupku… mencintai dunia impianku…. Ya Allah, Ampuni aku kerana mencintai dunia ini… aku keterlaluan… aku ingin sekali mencintai alam selepas dunia ini…
dalam pala otak aku sekarang tengah mengimbau imbau zaman aku beli drawing pad konon2 macam budak art… hahahaha.. aku memang pun budak art. law kan cabang art…. hahahhaa… bawah ofis aku ada galeri seni… hampir tiap minggu tukar2 lukisan. galeri tu kerabat mana tah yang empunya… aku tak boleh tidak membayangkan kat pala aku satu hari aku akan jadi pelukis berjaya dan lukisan lukisan aku akan dipamerkan kat galeri itu.. dari ke hari ke hari aku cuba menanam keberanian untuk masuk dan menyebuk tapi aku tak cukup berani sebab bakat melukis yang aku ada dah lama terendam….. bukan terpendam lagi dah… terendam dan mula hanyut…. Ya Allah… aku masih ada hati lagii nak berangan jadik pelukis!!!! ok -lah at least aku boleh jadi guru lukis pendidikan seni!!! OMG!! aku tak larat nak jadik loyer cabuk nih…. bayangkan lah perkataan cabuk nih pun membayangkan betapa aku dalam keadaan yang cengeng mengeng…. aku pun taknak lladik loyer buruk…. loyer yang tau tabur janji bahawa …’dun worri en…. mr… ms…mdm…. i’ll take care’ mampus aku dah tak larat!!! oh… adakah aku telah merendah-rendahkan professionalisme kerja yang namanya loya ini…. ketahuilah aku dah lama cuba bersungguh2 untuk tidak jadi seperti td…. tp aku sekarang nih…. adakah aku sedang mengeluh… ooops!!! bos aku call -lah….
“wani… i think u better get new lawyer fast-lah!”
“how…i’ve- ”
“Ya i know… but u see the quality of the work is getting worse u know..”
” memang… baru2 nih i baru jerr lepaskan satu status yang buruk tak update and salah to Pn Jamilah– our beloved -tut= officer (client yang emosi tak stabil)- i myself lost control…”
Yes… we (hope so) all know…. (dalam hati aku jerrrr……)
baru2 nih laki aku baru cerita pasal zikir Fatimah dan reason disebaliknya…. adalah beberapa kali aku terbaca hadis ke terdengar ke kat radio.. Berzikir itu lebih hebat daripada orang yang mati shahid… Wallahua’lam. aku mungkin salah dengar atau salah tafsir.
Adakah redha itu satu jawapan tipikal… aku rasa aku patut sedar apakah maksudnya redha dan kebergantungan sepenuh dan sebulatnya pada Yang Maha Esa… kerana Engkau-lah Yang memberi dan menarik balik… kerena semuanya adalah atas Izin-Mu. Ya Allah… aku ……
adakah berenti dan membiarkan segala yang bukan milik aku remain atau kembali kepada asalnya… iaitu kepada tuanpunyanya untuk pikir2kan sorang2 atau aku tak sedar sebenarnya dia pun tengah meroyan…piki sorang2…
1 Comment