Padamu ku bersujud

Pagi ini, dalam aku khayal dengan duniaku sendri dan ‘halatuju’ yang aku ciptakan dan gambarkan sendiri tanpa nampak jalannya apatah lagi kenderaannya, aku melihat lagi kehijauan itu. kali ini ia mula menguning. mula mengering mengikut peredarannya waktu  yang memestikan ia perlu begitu. masih cantik…masih lagi bisa melekakan aku dari dunia khayalku…aku perlu berlalu meninggalkan kehijauan itu atau kekuningan itu. menuju ke destinasi yang telah termaktub untuk aku sampai di situ. untuk apa? atas nama rezeki.  

aku perlu pergi ke situ dan menyambung khayalku  

(thanks abang)

————

Ku menatap dalam kelam, tiada yang dapat kulihat selain dari namamu Ya Allah. Esok ataukah nanti ampuni semua salahku, lindungi aku dari segala fitnah. kau tempatku meminta,  kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya hambamu yang selalu bertaubat. Ampuniku Ya Allah, yang sering melupakanmu, saat kau limpahkan karuniamu, dalam sunyi aku bersujud– Afgan

Kalau bisa…

aku tengah merungkai sebuah permasalah dengan mereka-reka satu cerita yang boleh ku susurkan dan galurkan kepada asal-usulnya permasalahan supaya dibaca orang bahawa kesah aku adalah paleng betul dan asli tanpa menyedari bahawa aku hanya menyusun semula struktur susur dan galur itu berdasarkan kelogikan akal aku yang mula menyendat dek kecetekan ilmu yang aku ada…

senang kata… menegakkan benang yang basah dengan bercerita siapa muncul dahulu ayamnya atau telurnya… kalau aku pilih telurnya, apakah sebab dan musabab yang mengakibat kan telur itu perlu dahulu daripada ayamnya. mantiknya, semua tahu bahawa itu hanya retorik dan gubalan kata-kata manusiawi sekarang… semua manusia akhir zaman yang punya lidah dan pena yang berhujah dan berdebat dengan kedengkelan atau kecelikkan… hanya tuhan Maha Tahu.. wallahuA’lam.

terus, aku lagi weng…. weng…. weng…….weng….— if you can differentiate the argument from the man…. itu yang aku baca… salah sekali.. kononya kalau hati kita berseh dengarkan dulu apa sipolan hendak katakan dengan penuh ketenangan… ya… ya… ya… zaman sekarang apa beza munafik yang berkata2 dengan yang tidak.

inilah… kepala aku tengah berselirat dengan tipu daya aku sendiri atau kebenaran prinsip2 si penterjemah kepada penggubalnya undang-undang. buhsan!!!!! buhsan!!!! buhsan!!! tarikh matinya sebanrnya semalam… argh!!!!! aku mau raya lagi raya lagi dan raya lagi.. terutamanya dengan adik2 aku… raya kali nih memang terlalu bermakna… hope korang dapat mengertik dan mengertik mengertik hmmm pikiranku tak dapat ku mengertik… ah tak! sungguh aku ingin kalian mengerti … muahHHH!!!!!

dari matamu ku lihat bulan yang ….

Raya raya raya… memang best raya raya nih dapat jumpa sahabat handai dan saudara mara. kalau kawan lama terkenangkan kesah dolu2, kawan saudara keseronokan dapat berkumpul bersama sekali sekala memang membahagiakan. tapi… adatlah… dalam bergembira ada yang berduka.. sama garam hidup.

———————-

Masa bulan puasa kelmarin, aku ada satu mimpi yang aku tak share pung kat sapa2… tetiba mak aku ajak… aku jadi sebak sampai sekarang. mampukah jadi kenyataan?