sedey bila tengok orang yang kita sayang tak tau mementingkan diri. maksud aku menyayangi diri sendiri dalam erti kata lain maknanya dia tak tau apa makna sayang sebenarnya. kali nih aku nak cakap gak walaupun belum tentu aku buat… tapi ada orang bagitau aku  baik cakap daripada diam kerana diam akan memakan diri.

aku sendiri susah nak carik makna tuh sampailah satuhari aku tau sebelum sayang kat orang lain kena sayang kat diri sendiri. memanglah bunyiknye klise tapi bak kat M.nasir ‘tiada kata yang tak klise’. bila kita tau apa yang baik untuk diri kita maka kita taulah apa yang baik untuk orang itu. lagi dan lagi. soalan apa yang baik itu memanglah subjektif… sesangat dalam dunia yang penuh kepelbagaian ini. kepelbagaian rencam hidup dan persekitaran yang menyelebungi sesorang dari semenjak kecil sampai besar.

kalau kita dibesarkan dalam keluarga yang cukup sempurna– (ada kerr????) takyahlah poyo lebeh tapi amek satu patern yang biasa- punya ibu dan bapa (bukan salah seorang) yang cukup bertanggungjawab dalam membesarkan anak2nya sudah memadai. apa2 masalah dalam keluarga itu adatlah manusia berkumpul. Sedangkan lidah lagikan tergigit…

percaya tak, anak itu akan membesar dan sebahagian besar akan mneggunapakai atau takpakai apa yang mak bapak derang buat atau tak buat. katalah mak bapak dia dulu kedekut taek idung masen samapi sangu sekolah pun tak bagi. kalau sapu sampah satu rumah baru bagi seposen. mungkin bila besar dan ada kuarga dia akan terbalik dan lebeh pemurah pada anak2nya atau mungkin lebeh kedekut..

tapi yang penting asasnya niat… kerana ingin mendidik anak2 atau sesiapa sahaja orang dikeliling kita. niat untuk memberitahu bahawa jalan inilah yang terbaik… kalau salah insyaAllah tuhan akan lorongkan yang lain kalau betul insyaAllah mereka itu akan mendengar juga…

tapi kenapa dan mengapa dia berkeputusan begitu. bukan semata2 ter atau dah cenggitu.

dunia ini hanya pentas untuk kita memainkan peranan kita dan kita punya banyak peranan- kalau isteri, nak jadi isteri yang cemana… kalau suami nak jadi suami cam nerr (sebab aku pompuan so aku komen bab laki je lah yerr)… laki nih nak jadi pakturut jerr ke? atau nak jadi orang yang tahu menyusun keluarga apa yang elok dan baik untuk keluarganya— marahnya aku pada pakturut nih kan…bukannya apa.. apa kata isteri ikut tapi time marah semua jadi salah.. suami  macam nih takde pendirian.. patutnya– bermula dengan Bismillah " niatlah, ini isteri aku. aku akan bimbing. Mana salah aku betulkan. ajaklah pegi sembahyang jemaah, terawih kerr apa2 lah asal benda baik".. isteri yang baik akan mengikut…  takkan lah suruh isteri yang cakap dulu.. itukan namanya isterinya yang atur idup suami. bang.. jom ni.. jom tu.. jom nun jom nin … ye ye ye ye… tapi takmau pikir. pikirlah sejenak. balas baik nantilah baik kita sembahyang jemaah dulu tak pung.. nantilah, jangan membazir. jom jogging boleh kuruskan badan… lagi? mcm2 lagilah kalau betul dia berpendirian.

tulah suami… bila syok masa best taknak ingat semua tuh. bila dah marah nak tunjuk ego lempang sana lempang sini. takpung kata binik queen control padahal dia yang asalnya membenarkan semua tuh berlaku.

bab lain plak.. role kita sebagai anak, role kita sebagai pekerja, role kita sebagai superior, role kita sebagai pengguna jalan raya, role kita sebagai rakyat, role kita sebagai penonton wayang atau ‘pembuat wayang’…. banyak peranan kita nih. itu sebab banyak kali aku dah tulis dalam blog nih… jadilah orang yang berpendirian. yang tahu sayang diri dan kemudian sekali sebenarnya jadilah orang yang membuat keputusan… kerana tuhan lebeh menyukai orang yang banyak buat keputusan. tentunya bukan keputusan yang tak beralasan.

contohlah. seorang anak nak bagi ibunya rumah tapi rumah tu akan diduduki oleh ipar duai muai guai suai… sumelah.. sedangkan dirinya sendiri beli baju susah. beli seliper susah beli kereta belum… personal loan belambak… katanya maknya bayar padahal yang suap semua ipar duai muai guai suai tu mak yang sorang tuh. keputusan yang berpendekkan kepada kesentengan rasioanal ini bukanlah satu daripadanya.

keputusan yang bagaimana dan kenapa? aku sendiri tak tau. apakah yang paling baik dalam hidup hanya tuhan sahaja yang tahu. kadang2 kita sangka keputusan itu yang paling betul tapi tak tentu. tu sebab kita disunatkan sembahyang istiharah… biarlah apa2 jadipung pasti ada hikmahnya. kalau niat betul tapi tetap tersalah insyaALlah tuhan takkan membiarkan kita terkotang2 kating. paling teruk ia hanya pedoman di akan datang bukanlah untuk disesal-sesalkan.

apa beza pedoman dan penyesalan plak? .. apa beza orang menyesal tak dapat makan nasik kerana tersalah pilih masa kat pasar ramadhan. beli kueh banyak2 sampai abes duit ngan apa beza orang menyesal tak dapat nasik sebab lupa beli beras. camtulah… lebeh kurang.