Selamat Haru Raya

raya raya raya … huhu tahun nih aku rasa aku sanga kelam kabut dan tak tentu hala… sebab sejak kawen dari bulan 1 sampai laa nih kerja aku laki binik ialah memenuhi kehendak orang tua… seminggu sekali balik langat (lebeh kurang) kadang2 seminggu sekali balik batu pahat… aku rasa aku kena berbuat sesuatu… kena ada masa untuk perancangan hidup dan duit… kalau tak sepanjang hidup hanay memnuhi expectation orang sedangkan aku pun ada gak keiinginan tapi sebenarnya dalam pada sebuk meraban tuh tahun nih la aku banayk berjalan. jalan2 makan angin.

takperr… cakap camni macam takrendu jerr nak balik kampung tapi aku rasa aku sedeh  tahun nih aku tak dapat nak makan ketupat lodeh sambal kacang feveret aku… masak merah mak  etc etc yang aku gilerr2 tunggu tiap2 tahun. mak aku  biasa masak sehari seblum raya. raya kedua sume tuh dah habes…

ada ke pasal makan yang aku risaukan????? AHAHAHAHa!

seres mek. daripada makanan lah kita tambah terkenang akna orang2 yang kita sayang dari kejauhan…

sedey bila tengok orang yang kita sayang tak tau mementingkan diri. maksud aku menyayangi diri sendiri dalam erti kata lain maknanya dia tak tau apa makna sayang sebenarnya. kali nih aku nak cakap gak walaupun belum tentu aku buat… tapi ada orang bagitau aku  baik cakap daripada diam kerana diam akan memakan diri.

aku sendiri susah nak carik makna tuh sampailah satuhari aku tau sebelum sayang kat orang lain kena sayang kat diri sendiri. memanglah bunyiknye klise tapi bak kat M.nasir ‘tiada kata yang tak klise’. bila kita tau apa yang baik untuk diri kita maka kita taulah apa yang baik untuk orang itu. lagi dan lagi. soalan apa yang baik itu memanglah subjektif… sesangat dalam dunia yang penuh kepelbagaian ini. kepelbagaian rencam hidup dan persekitaran yang menyelebungi sesorang dari semenjak kecil sampai besar.

kalau kita dibesarkan dalam keluarga yang cukup sempurna– (ada kerr????) takyahlah poyo lebeh tapi amek satu patern yang biasa- punya ibu dan bapa (bukan salah seorang) yang cukup bertanggungjawab dalam membesarkan anak2nya sudah memadai. apa2 masalah dalam keluarga itu adatlah manusia berkumpul. Sedangkan lidah lagikan tergigit…

percaya tak, anak itu akan membesar dan sebahagian besar akan mneggunapakai atau takpakai apa yang mak bapak derang buat atau tak buat. katalah mak bapak dia dulu kedekut taek idung masen samapi sangu sekolah pun tak bagi. kalau sapu sampah satu rumah baru bagi seposen. mungkin bila besar dan ada kuarga dia akan terbalik dan lebeh pemurah pada anak2nya atau mungkin lebeh kedekut..

tapi yang penting asasnya niat… kerana ingin mendidik anak2 atau sesiapa sahaja orang dikeliling kita. niat untuk memberitahu bahawa jalan inilah yang terbaik… kalau salah insyaAllah tuhan akan lorongkan yang lain kalau betul insyaAllah mereka itu akan mendengar juga…

tapi kenapa dan mengapa dia berkeputusan begitu. bukan semata2 ter atau dah cenggitu.

dunia ini hanya pentas untuk kita memainkan peranan kita dan kita punya banyak peranan- kalau isteri, nak jadi isteri yang cemana… kalau suami nak jadi suami cam nerr (sebab aku pompuan so aku komen bab laki je lah yerr)… laki nih nak jadi pakturut jerr ke? atau nak jadi orang yang tahu menyusun keluarga apa yang elok dan baik untuk keluarganya— marahnya aku pada pakturut nih kan…bukannya apa.. apa kata isteri ikut tapi time marah semua jadi salah.. suami  macam nih takde pendirian.. patutnya– bermula dengan Bismillah " niatlah, ini isteri aku. aku akan bimbing. Mana salah aku betulkan. ajaklah pegi sembahyang jemaah, terawih kerr apa2 lah asal benda baik".. isteri yang baik akan mengikut…  takkan lah suruh isteri yang cakap dulu.. itukan namanya isterinya yang atur idup suami. bang.. jom ni.. jom tu.. jom nun jom nin … ye ye ye ye… tapi takmau pikir. pikirlah sejenak. balas baik nantilah baik kita sembahyang jemaah dulu tak pung.. nantilah, jangan membazir. jom jogging boleh kuruskan badan… lagi? mcm2 lagilah kalau betul dia berpendirian.

tulah suami… bila syok masa best taknak ingat semua tuh. bila dah marah nak tunjuk ego lempang sana lempang sini. takpung kata binik queen control padahal dia yang asalnya membenarkan semua tuh berlaku.

bab lain plak.. role kita sebagai anak, role kita sebagai pekerja, role kita sebagai superior, role kita sebagai pengguna jalan raya, role kita sebagai rakyat, role kita sebagai penonton wayang atau ‘pembuat wayang’…. banyak peranan kita nih. itu sebab banyak kali aku dah tulis dalam blog nih… jadilah orang yang berpendirian. yang tahu sayang diri dan kemudian sekali sebenarnya jadilah orang yang membuat keputusan… kerana tuhan lebeh menyukai orang yang banyak buat keputusan. tentunya bukan keputusan yang tak beralasan.

contohlah. seorang anak nak bagi ibunya rumah tapi rumah tu akan diduduki oleh ipar duai muai guai suai… sumelah.. sedangkan dirinya sendiri beli baju susah. beli seliper susah beli kereta belum… personal loan belambak… katanya maknya bayar padahal yang suap semua ipar duai muai guai suai tu mak yang sorang tuh. keputusan yang berpendekkan kepada kesentengan rasioanal ini bukanlah satu daripadanya.

keputusan yang bagaimana dan kenapa? aku sendiri tak tau. apakah yang paling baik dalam hidup hanya tuhan sahaja yang tahu. kadang2 kita sangka keputusan itu yang paling betul tapi tak tentu. tu sebab kita disunatkan sembahyang istiharah… biarlah apa2 jadipung pasti ada hikmahnya. kalau niat betul tapi tetap tersalah insyaALlah tuhan takkan membiarkan kita terkotang2 kating. paling teruk ia hanya pedoman di akan datang bukanlah untuk disesal-sesalkan.

apa beza pedoman dan penyesalan plak? .. apa beza orang menyesal tak dapat makan nasik kerana tersalah pilih masa kat pasar ramadhan. beli kueh banyak2 sampai abes duit ngan apa beza orang menyesal tak dapat nasik sebab lupa beli beras. camtulah… lebeh kurang.

Gajah dan Api

kisah yang dikesahkan oleh silaki pada pompuan adalah tentang seekor gajar yang kena tangkap oleh pegawai zoo masa gajah tuh kecik2 dulu. masa tuh gajah tuh diikat kuat denagn tali besi. tiap kali gajah tu meronta-ronta kakinya akan berdarah dan kesaketan amat sangat… berulang kali lah perkara itu berlaku dan akhirnya tertanamlah kat kepala gajah yang besar tuh… jangan meronta nanti luka dan saket.. dia pun hiduplah dizoo itu sampai besar…satu hari.. kebakaran telah berlaku di zoo tempat dia dikurung tapi malangnya… gajah itu takut untuk meronta… akhirnya… dia mati.

————————————-

kehidupan harian memang begitu, sama ada sedar atau tidak perangai kita dan kata2 kita adalah diakibatkan oleh persekitaran kita… lately akoo asyik tertanya2 keapa akuu tak boleh hepi dengan mereka… akoo telah temui jawapannya.. seperti gajah itu… mereka telah berjaya menanam sesuatu dikepala otak aku… bukanlah menuding jari tapi hakikatnya… aku menjadi begitu defensive dan semakin celupar… kerana tak pernah percaya mereka menyayangi akuu kerana manusia bernama perempuan- perse-yang mula2 aku dah terkena… yang kedua aku berjaya lari— yang ketiga dan seterusnya… selagi kudrat ada… insyaAllah aku akan cuba lindungi sendiri.

pernah terbaca syaitan akan membuat hati kita berbolak balik… apa itu jujur dan ikhlas? kalau hakikatnya yang bodoh lagi dungu itu memang gajah. membiarkan manusia lain manja dan mua dengan kebisuannya. tak! aku takkan berenti bercakap dan bercakap tiap kali ada benda yang tak kena. daripada terkena kendian hari!!!!! tapi bila cakap cukuplah sekali buat orang tu dengar. aku bukan gila nak ulang2!

tau tak sipenangkap gajah tak pedulipun nak betulkan kepala otak gajah yang dah tak betul itu… masa gajah tuh mati dia pun tak kisha sebab bila2 masa dia boleh cari gajah baru.

by the time gajah baru sampai– tali pengikat gajah tentu senang untuk diputuskan.