kegawatan ekonomi ke?

Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali , orang baik sekarang susah nak ada, orang jahat famaous kuar TV setiap hari……:P———————————————————————

Sejak minyak naik tinggi mendadak, aku rasa politik malaysia semakin best. hari-hari ada jerr berita yang mengejutkan atau tak terkejut pun tapi sangat menarik perhatian (sekarang aku dah jadi pembeli tetap surat kabar atau pengambik tetap surat kabar the sun) atau sangat menolak ke dalam dada yang rasa macam nak mula sempit.. perasaan ni aku rasakan masa minyak naek. macam mana nak budget minyak yang memang dah banyak guna… nature keja yang kena travel selalu— nak balik kampung nun jauh di selatan… dan ehehes… nak jenjalan lagi…

lepas 2 bulan berlalu secara kasarnya belanja minyak aku dah naek 40% tanpa adanya revisi pada claim - statik cenggitu—

ok-lah- pegang pada janji tuhan- rezeki bukan pada minyak- insyAllah tetap ada di mana2. tapi…

secara sengajanya aku nak komen sket pasal politik malaysia yang dah tak sehat. menggambarkan rakyat yang tak sehat dan masa depan yang tenat… hmmm kalu dulu jumpa pendidik buat tak serupa bikin dah kecoh dengan isu ibarat mendidik anak makan bersila tapi sendiri makan berlari tapi pepatah tu semua dah tak guna… manusia malaysia sekarang sudah hebat berkata tentang hak- hak- hak- hak- hak-hak-individu. hak2 yang dipelopori bangsa barat yang mana menjadikan kita lebeh kepada mementingkan diri dan kesusahan diri. contohlah… kalau kita sangat tersepit kerana tidak dilayan baik dimana2 kaunter kerajaan… oleh kerana kita ada hak untuk dilayan macam penguna2 lain - adakah hak itu membenarkan kita untuk menjerit2 mintak dilayan– ini cuma contoh anologi bagi keadaan di dewan tempat sipempolitik berdebat- kata2 kesat, maki hamun dsb… hai…. keluhan memang patut dibuat. kerana disitu lambang kita orang malaysia– diri kita, mereka dan keluarga mereka…

No comments yet. Be the first.

Leave a Reply