Dunia oh Dunia

akoo surf n surf surf landing dari satu web ke satu web, dari satu blog ke satu blog pegi kat beberapa forum. adalah satu forum nih terang2 tajuknya "kenapa aku murtad?’ dan satu lagi forum "islam dan hukum2nya yang bodoh". hati terasa gak sebal lagi2 bila baca post2 derang yang macam bagus kuarkan fakta2 tentang nabi Isa dan bible dan gak tentang Muhammad dan Islam. bahasa plak kesat nak mampos laknat tak guna kutuk kita2 Islam ni… huk aloh! obvious lah bacaan derang adalah dari tulisan dan penulis orang kristian yang komen tentang Islam.  kemudian pengakuan murtad yang terang2an itu sangatlah memarahkan dan memualkan.

—————

kesimpulannya, dunia web ini sangat terbuka dan luas. manusia tak hairan untuk mengaku terang2an tapi hakikatnya penakut kerana hanya berdepan diskrin dan hanya tuhan dan malaikat jerr yang tahu apa yang ditulis. keluasan dan keterbukaan ini banyak baiknya tapi inilah antara keburukan2nya tapi  dari sini boleh nampak dengan jelas keadaan orang2 diluar sana. cuma tak tahu yang mana satu dari disebalik hiruk pikuk kesibukan duniawi. orang lari, makan, minum, bayar bil, shopping, kerja dsb… yang terjadi dan sedang berlaku… inilah antaranya… malangkan?

kegawatan ekonomi ke?

Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali , orang baik sekarang susah nak ada, orang jahat famaous kuar TV setiap hari……:P———————————————————————

Sejak minyak naik tinggi mendadak, aku rasa politik malaysia semakin best. hari-hari ada jerr berita yang mengejutkan atau tak terkejut pun tapi sangat menarik perhatian (sekarang aku dah jadi pembeli tetap surat kabar atau pengambik tetap surat kabar the sun) atau sangat menolak ke dalam dada yang rasa macam nak mula sempit.. perasaan ni aku rasakan masa minyak naek. macam mana nak budget minyak yang memang dah banyak guna… nature keja yang kena travel selalu— nak balik kampung nun jauh di selatan… dan ehehes… nak jenjalan lagi…

lepas 2 bulan berlalu secara kasarnya belanja minyak aku dah naek 40% tanpa adanya revisi pada claim - statik cenggitu—

ok-lah- pegang pada janji tuhan- rezeki bukan pada minyak- insyAllah tetap ada di mana2. tapi…

secara sengajanya aku nak komen sket pasal politik malaysia yang dah tak sehat. menggambarkan rakyat yang tak sehat dan masa depan yang tenat… hmmm kalu dulu jumpa pendidik buat tak serupa bikin dah kecoh dengan isu ibarat mendidik anak makan bersila tapi sendiri makan berlari tapi pepatah tu semua dah tak guna… manusia malaysia sekarang sudah hebat berkata tentang hak- hak- hak- hak- hak-hak-individu. hak2 yang dipelopori bangsa barat yang mana menjadikan kita lebeh kepada mementingkan diri dan kesusahan diri. contohlah… kalau kita sangat tersepit kerana tidak dilayan baik dimana2 kaunter kerajaan… oleh kerana kita ada hak untuk dilayan macam penguna2 lain - adakah hak itu membenarkan kita untuk menjerit2 mintak dilayan– ini cuma contoh anologi bagi keadaan di dewan tempat sipempolitik berdebat- kata2 kesat, maki hamun dsb… hai…. keluhan memang patut dibuat. kerana disitu lambang kita orang malaysia– diri kita, mereka dan keluarga mereka…

hidup yang dah menua

semalam malam tiba hati aku terbedetik "aku dah nak masuk 30thn" "aku dah berumur 30 tahun".

Mulalah aku termenung panjang teringat zaman kecik2 zaman sekolah zaman kat uni dan bila mula2 start keje.

hmm.. patutnya dah lama ku hidup tapi kenapa macam tak buat apa?

what a mess..

selalunyerrr orang takkan paham bila kita diam tapi bila kita bersuara orang akan kata kita over react.. "ak elah, itu pun nak kecoh!" contohlah… but eitherway yang susah dan payahnya kita gak. bukan mengeluh cuma mencarik satu titik kepastian yang kita nih dekat track yang betul… kalau terlajak atau tersasarpun cuma sket2 jerr dan boleh patah balik. bukannya berpatah arang berkerat rotan dah… kesimpulannya, soalan boleh menjadi mudah untuk dijawab kalau kita rasa memang patut ditanya kepada kita, waima, kita memang buat salah sekalipun,.. tapi bila soalan tu patut hala tujunya kat orang lain tapi terarah ke kita? there we go… problems

apa itu takdir…

Cinta Gila- Dewa- Hati hati dengan hatiku kerna hatiku mudah layu, jangan kamu bermain2 kerna ku tak main2. setelahku bersungguh2 cintaku ini cinta mati, mati matian aku pertahankan cintaku, Aku takkan rela, bila kau tinggalkan … aku kan membuat apa saja untuk mendapatkan kamu lagi….. rupa-rupanya alasan kamu untuk tetap tinggalkan aku, rupanya kamu memang sudah tak cinta aku… cintamu yang berbisa, bisa racuni aku, bisa bisa yang kamu mau tinggalkan aku… aku takkan rela, bila kau tinggalkan akukan membuat apa saja untuk mendapatkan kamu lagi….

————————————-

pernah penat pikir benda yanng bukan2 merapu tak tentu pasal berbulan lamanya. end up hati aku rosak- otak rosak dan hidup tak tentu arah. sebabnya tergesa-gesa… kesabaran tuh bukan milikan total so akhirnya… mati jiwa. Sejauhmana untuk membentuk takdir dalam kehidupan yang memang dah dilorongkan di tempat ini, atau di kelilingi orang-orang ini atau itu atau kenapa di bumi yang aku pijak sekarang bukan ditempat orang bernama sipolan itu pijak? kenapa lahir dalam keluarga miskin? kenapa mak bapa aku tak kaya? kenapa atuk aku kedekut? hahahahaha contohnya lah…untuk soalan2 komplikated tu semuanya adalah takdir mutlak yang berada di tangan tuhan. soalannya bagaimana membentuk takdir sendiri di dalam takdir mutlak itu? …. berusaha untuk  memiliki sabar, berusaha untuk bersungguh-sungguh sama ada untuk berdiri dengan malas, atau berdiri dalam keadaan senang diri atau berdiri dalam keadaan berjaga-jaga… itu pilihan kita. berdiri sambil ketawa berdiri sambil menangis… itu pilihan kita. walaupun kita miskin walaupun kita kaya… hanya tuhan yang tahu sejauhmana hati kita sedang bergembira

(pernah terdengar hati yang bergembira adalah hati yang penuh dengan kesyukuran…. wallahuAlam)

-elemant- AKulah Raja.. Chorus— Dan aku akan mencintai segala rasamu, untuk jelajahi samuderamu, aku harus miliki tiaramu untuk terus bersamamu… akan menicntai segala rasamu… untuk menjejalahi segala samuderamu, aku harus miliki tiaramu untuk terus bersamamu.. Akulah seorang Raja