IBU dan BAPA

Mak ngan abah baru balik dari umrah semalam. kalau ikutkan perangai bujang tentu aku dah kat rumah! :P

Macamlah orang lain takde mak bapak tapi aku tak kira aku nak tulis gak betapa bestnya derang. mak aku nih memang pelek tapi sekarang aku paham kenapa dia cenggitu… mungkinlah. dan aku cuba berazam nak jadi macam dia.. kerana hikmahnya lebeh besar kalau tak pada yang melihat tapi pada jiwa yang merdeka! insyaAllah.

kalau cakap pasal suri rumah, mak aku adalah suri rumah paling sempoi sebab langsir rumah dia dah 6 tahun tak tukar. dulu pernah ada satu masa rumah mak bapak aku tu takde langsung langsir! adalah gak dalam  2 ke 3 tahun. untungnya tak ngadap matahari macam rumah aku sekarang.

Pasal masak. mak selalu cakap tak pandai masak dan dia selalu prefer orang lain masak sampaikan masa mula2 aku kawen dia cakap takyah masak kat rumah mak mentua kalau tak disuruh. aku paham maksud dia sekarang.. hehehe mak, u r the best n selalu ada hunch untuk protect aku cuma aku selalu tak paham-paham. kalau raya mak nyerr masakanlah paling best dalam dunia kedua diikuti wak pah dan ketiga prang2 lain yang best masakannya. dalam dunia banyak orang suka dipuji jadi memasak adalah benda yang menuntut pujian dan jika takde orang nak telan atau buat biasa jerr. well, aku dah terjebak kepada dunia itu dan menuntut laki aku puji. at least dia sorang aku tak mintak orang lain tapi aku rasa tak bermakna pujian tu sebab tak merdeka… kalau aku mampu jadi macam mak.

tapi maklah orang paling marah bial dia tau aku tak masak. bila akau buat tak tau kat laki aku pasal makan. dia kata tanggungjawab isteri itu ini… 2 minggu tak abes. tanggungjawab. mak membebel pasal tanggungjawab sebelum aku kawen. dan paling sedeh bila lepasa kawen ak memberi amaran dia bukan lagi tempat paling layak untuk mengadu tapi suami. aku tak rasa ada orang lebeh baik dari mak dalam protect kepentingan hidup dan masa depan aku… sampai sekarang aku belum boleh terima hakikat ini dan sampai sekarang aku tak bernai nak ngadu apa2. tapi aku tau mak mesti boleh rasa bila masa aku sedeh bila masa aku susah dan bila msa aku perlukan dia.. walaupun tanpa bercerita.

lepas tuh. mak nih dia memang manusia tak boros. bukan sebab dia takde duti tapi sebab dia hanya berbelanja bila perlu. malah dia peyimpan duit yang baik. kalau duit kasik kay dia boleh beranak pinak tapi kalau kasik kat aku beranak pinaklah hutang aku. dia pesan… "kalau kau mampu tahan kehendak kau, barulah…" pesan dia tak abes tapi sekarang aku paham.

mak aku nih, hari hari makan kedai, dia cakap kalau takde orang macam dia macam mana kedai nak laku. orang kedai pun nak carik makan. tapi sebenarnya dia penat. kilang kerepek tuh takkan jadi macam sekarang kalau mak sebuk masak kat rumah.

lagi, abah. abah adalah suami penyayang romantik. penyabar dan pemurah. susah nak explain tapi abah ngan mak adalah pasangan paling best tanpa derang sedar. aku nampak, malah adik beradik aku pun nampak abah begitu appreciate mak dalam hidupnya. kalau takd emak dalam hidup dia tah apa dah jadi kat dia. dulu dia pernah cakap kat aku cenggitu.

aku nak jadimacam mak. orang yang penuh prinsip. prinsip hidup yang tak dimakan oleh konon harumnya kekayaan dan tak dimakan konon kejinya kemiskinan. aku  boleh cakap cenggini sebab mak dulu orang susah yatim piatu.

dalam tak berbapa dan beribu, hidup berpindah randah dari satu rumah abang ke kakak kakak yang lain, mak tak pernah malu dengan kesusahannya tapi dia menjadi semakin kuat ngan prinsip. biar dipandang orang berprinsip. orang berprinsip takkan jatuh kerana susahnya miskin dan hayalnya senang. aku mahu jadi orang bebas. bebas dari terjebak kepada kehendak duniawi yang meruntun aku untuk saling berlumba antara satu sama lain dan bebas dari kemelut hati yang tak berkesudahan hanya kerana kekurangan.

Serius mak. kalau boleh diulang masa… takkan ada mak atau abah kedua untuk aku.

sekali lagi dan lagi aku tujukan sajak lapuk nih untuk mereka:

Dalam terang ini, masih menggagau mencari jalan pada hamparan yang begitu luas dihadapan. Begitu indah di mata orang dan amat asyik di pandangan sendiri. Melempar senyum pada suatu kepastian yang tiada hakiki tanpa lelah kudrat meyakinkan-NYA bahawa diri ini berhak untuk kebahagian sebegitu… lalu untuk pertama kalinya dalam umur nafas ini, aku malu pada diri.

Kuasa yang Esa, aku yang hanya tahu meminta, meminta lagi untuk sedikit kurnia. Atas kehendakmu yang tiada untukmu dan tanpa merubah sedikitpun yang lain. Tanpa mengganggu-gugat sedikitpun yang lain.

Yang lain-lain di jalan-jalan dan lorong-lorong sendiri-sendiri. Yang lain-lain dikenangan-kenangan dan mimpi-mimpi sendiri-sendiri. Yang lain-lain itu, dengan harapan dan doa-doa sendiri-sendiri itu bukan juga sesiapa. Hanya sesama kita yang berlindung di langit yang sama dan berpijak di bumi yang ini…

Kembali pada diri, tetap berdiri di tapak yang sama. Masih juga tersenyum kerana hati yang mula terbuka. Melepaskan yang lalu untuk sesuatu yang bukan lagi dulu, nyatanya untuk yang di hadapan itu. Yang dilihat orang indah, yang dipandang sendiri asyik.

Hendak sangat ke sana….Ingin sangat ke situ …Arah mana kaki perlu dihayun? Tentu sahaja ke depan.

Hadapan yang mana?… kerana begitu sekali luasnya, begitu sekali indahnya, begitu sekali asyiknya hingga aku hanya terpegun di sini. Berkira-kira di sini, menghitung dan membilang tentang hari depan yang bercerita tentang masa depan. Tetap terkaku juga di sini.

Dalam berkira-kira, menghitung dan membilang itu, diri agak keliru dengan kecantikan yang diharap dan dengan keburukan yang ditakut

Makanya itu, dengan berbekalkan hati yang hanya Engkau yang tahu, diri masih di sini.

No comments yet. Be the first.

Leave a Reply