nyaris-nyaris..
Nyaris-nyaris excident sebab terkejut beruk nampak antu kepala botak jalan huyung hayang kat highway tapi kaki takde… hehehehe… takdelah.. tipu jer. nyaris-nyaris aku mati kalau tidak kerana umur memang panjang mesti dah lama aku jadik antu macam tuh! huh! merapek apa nih? Nauzubillah!
aku jumpa sorang member. dia bawak member2 lain kebetulan topik harituh pasal membeli rumah dan hutang piutang dan lelongan-lelongan awm yang kitaorang dah bayak terserempak dan kendalikan. macam2 ragam para penghutang yang rumahnya kena lelong. kisah sedih tentunya dan paling malang kadang2 depa orang tuh hutangnya hanya pada interest. kerana kita sudah hidup dalam sistem itu… sistem riba yang amat dilarang dalam islam tapi itulah… kita sedang hidup di dalamnya.
sama ada pekerjaanku atau pengalaman lampau atau latarbelakang keluarga yang bermacam karenah (pakcik makcik dan jiran tetangga yang merebut harta pusaka atau harta yang takpatut pun mereka pusaka kan) membuatkan aku amat2 berhati tentang itu. malah dalam setiap langkah aku memang begitu curiga kepada manusia disekelilingku. aku tak mampu menrima kata2 yang diluah berbunyi A bermaksud A. aku akan terjemahkan A akan menjadi alif atau B atau C atau 80 atau macam2lah… payahnya menjadi aku dan hidupku takkan sesimple manusia lain sedang itu doa ku saban hari. kata dia jika kita mendapatkan sesuatu dengan mudah, memang tak boleh nak appreciate. memang pun. malah menjadi tempat untuk mendabik dada… atau aku sendiri dengan fikiran rewang rawangku… tuhan maha tahu. memang aku butuh petunjuk tapi tatkala menerimanya… hanya sakit. kadang2 malah pernah ungkapkan pada adik2ku tercinta… bahagia sungguh hidup dalam penipuan kerana penipu itu akan berusaha menutup dan membayangkan yang baik2 saja! hingga tebongkar… alangkah baik juga kalau tidak terbongkar hingga aku mati….
aku tidak pasti sama ada sabda nabi atau hanya kata2 sufi yang punya idea sendiri tentang pandangan kehidupannya (kalau baca buku tentang sufisme ini memanglah mereka mempunyai ketajaman akal yang luarbiasa ditambah kelebihan anugerah tuhan kerana kecintaan mereka pada tuhan entah bagaimana tingginya tapi kata2 bukanlah setaraf hadis; wallahua’lam) “janganlah kamu melihat yang diatas malah lihatlah dibawahmu agar kamu tidak menjadi dikalangan orang yang tidak tahu bersyukur”