kasihku seluas laut biru??? merah? hijau??? itam eh..

Sunset dah lama gak nak tulis tentang ideologi baru tentang hidup. never th about it as it is before but to realise it that it is what supposedly it, make me feel ‘takut’ hopely my fear will change to deepest realisation but to come to that means the standard is up and high which certainly out of reach (akulah..)and again my aura takut is there n the size now expanding to Super King Kong …. believe me please… we are eternity

————————

hmmm… put that aside. dah lama gak nak cakap pasal sufiah. our mathematic genius… (macamlah sangat kan???!!). parents (bukan nak blame mak dia tapi bapak dia) always think that clever child will know what to do and what to choose between whats wrong and what not. but sufiah is the living proof that children are the same. the care, the attention and the entahlah… akupung tak pernah jadik mak.. must be equally same. easy say dan do… hmmm… tapi sebenarnya aku ank cakap usaha Dr Mashitah yang separuh jalan tak sampai separuh tahun… tak yah cerita sebablah tapi masa yang pendek tuh dah boleh explain semua… kakakakakakakaka!!!!!!! political mileage takde ka??? ngah ngah ngah

———————–

ok… pasal badawi aku tak tau jauh kat sudut hati yang dalamnye tak sampai sejengkal dan boleh diduga nih, rasa kesian kat dia. mula2 aku ada pikir gak banyak baiknya dia kalah. kekalahan tuh buat dia bangun walaupun ngantuk nak mampus dan menghadapi cabaran dunia dan menentang habis-habisan propaganda economist dunia. hmmm… tapi adakah dia cukup bijak? adakah Shahrir si rambut putih konon2 gandaf the white duk kepit paklah hari2 itu.. cukup tere?

——————————————

At the end of the day… jasad aku mati, semua tuh takde makna untuk jiwa aku yang akan terus hidup di alam selepas ini… adakah hanya dengan berteleku itu maksudnya membawa bekal ke sana? atau terus pedulik dengan semua yang kat atas boleh dikira sebagai membawa bekal juga? jangan jadik Islam buta… aku rasalah…

Dsc_2370 http://www.youtube.com/watch?v=Me2Jcq9MoYM

balik harituh aku memang ‘mumpungkan’ (tak jumpa pktn dalam melayu dan omputih). dah lama tak jumpa mak abah ngan budak2 kampung. aku pung amek kesempatan untuk borak2 tanya kabar, update sket cerita buhsan aku kat KL nih dan masalah minyak yang seronoknya melonjak-lonjak… (heppeningnya hidup derang kat kampung la kan?!!!) biasalah… apa-apa lah!

Atas apa yang ada, mak aku sempatlah bagi kata-kata hikmat dia yang seperti berikut: 

"sekarang ko kena jadik orang yang matang, kena pandang ke hadapan dan jangan mudah berkata ‘boleh’ atau ‘ya’. sebab orang yang mudah-mudah cakap ‘ya’ dan ‘boleh’ biasanya orang tak panjang pikir. pendek akal. (mak… abis yang senang2 cakap ‘tak’ atau ‘x boleh’ cemana plak?— dia kedekut dan bakhil- aku jawab sendiri) hahahaha.. gitulah.

nyaris-nyaris..

Nyaris-nyaris excident sebab terkejut beruk nampak antu kepala botak jalan huyung hayang kat highway tapi kaki takde… hehehehe… takdelah.. tipu jer. nyaris-nyaris aku mati kalau tidak kerana umur memang panjang mesti dah lama aku jadik antu macam tuh! huh! merapek apa nih? Nauzubillah!

aku jumpa sorang member. dia bawak member2 lain kebetulan topik harituh pasal membeli rumah dan hutang piutang dan lelongan-lelongan awm yang kitaorang dah bayak terserempak dan kendalikan. macam2 ragam para penghutang yang rumahnya kena lelong. kisah sedih tentunya dan paling malang kadang2 depa orang tuh hutangnya hanya pada interest. kerana kita sudah hidup dalam sistem itu… sistem riba yang amat dilarang dalam islam tapi itulah… kita sedang hidup di dalamnya.

sama ada pekerjaanku atau pengalaman lampau atau latarbelakang keluarga yang bermacam karenah (pakcik makcik dan jiran tetangga yang merebut harta pusaka atau harta yang takpatut pun mereka pusaka kan) membuatkan aku amat2 berhati tentang itu. malah dalam setiap langkah aku memang begitu curiga kepada manusia disekelilingku. aku tak mampu menrima kata2 yang diluah berbunyi A bermaksud A. aku akan terjemahkan A akan menjadi alif atau B atau C atau 80 atau macam2lah… payahnya menjadi aku dan hidupku takkan sesimple manusia lain sedang itu doa ku saban hari. kata dia jika kita mendapatkan sesuatu dengan mudah, memang tak boleh nak appreciate. memang pun. malah menjadi tempat untuk mendabik dada… atau aku sendiri dengan fikiran rewang rawangku… tuhan maha tahu. memang aku butuh petunjuk tapi tatkala menerimanya… hanya sakit. kadang2 malah pernah ungkapkan pada adik2ku tercinta… bahagia sungguh hidup dalam penipuan kerana penipu itu akan berusaha menutup dan membayangkan yang baik2 saja! hingga tebongkar… alangkah baik juga kalau tidak terbongkar hingga aku mati….

aku tidak pasti sama ada sabda nabi atau hanya kata2 sufi yang punya idea sendiri tentang pandangan kehidupannya (kalau baca buku tentang sufisme ini memanglah mereka mempunyai ketajaman akal yang luarbiasa ditambah kelebihan anugerah tuhan kerana kecintaan mereka pada tuhan entah bagaimana tingginya tapi kata2 bukanlah setaraf hadis; wallahua’lam) “janganlah kamu melihat yang diatas malah lihatlah dibawahmu agar kamu tidak menjadi dikalangan orang yang tidak tahu bersyukur”

IBU dan BAPA

Mak ngan abah baru balik dari umrah semalam. kalau ikutkan perangai bujang tentu aku dah kat rumah! :P

Macamlah orang lain takde mak bapak tapi aku tak kira aku nak tulis gak betapa bestnya derang. mak aku nih memang pelek tapi sekarang aku paham kenapa dia cenggitu… mungkinlah. dan aku cuba berazam nak jadi macam dia.. kerana hikmahnya lebeh besar kalau tak pada yang melihat tapi pada jiwa yang merdeka! insyaAllah.

kalau cakap pasal suri rumah, mak aku adalah suri rumah paling sempoi sebab langsir rumah dia dah 6 tahun tak tukar. dulu pernah ada satu masa rumah mak bapak aku tu takde langsung langsir! adalah gak dalam  2 ke 3 tahun. untungnya tak ngadap matahari macam rumah aku sekarang.

Pasal masak. mak selalu cakap tak pandai masak dan dia selalu prefer orang lain masak sampaikan masa mula2 aku kawen dia cakap takyah masak kat rumah mak mentua kalau tak disuruh. aku paham maksud dia sekarang.. hehehe mak, u r the best n selalu ada hunch untuk protect aku cuma aku selalu tak paham-paham. kalau raya mak nyerr masakanlah paling best dalam dunia kedua diikuti wak pah dan ketiga prang2 lain yang best masakannya. dalam dunia banyak orang suka dipuji jadi memasak adalah benda yang menuntut pujian dan jika takde orang nak telan atau buat biasa jerr. well, aku dah terjebak kepada dunia itu dan menuntut laki aku puji. at least dia sorang aku tak mintak orang lain tapi aku rasa tak bermakna pujian tu sebab tak merdeka… kalau aku mampu jadi macam mak.

tapi maklah orang paling marah bial dia tau aku tak masak. bila akau buat tak tau kat laki aku pasal makan. dia kata tanggungjawab isteri itu ini… 2 minggu tak abes. tanggungjawab. mak membebel pasal tanggungjawab sebelum aku kawen. dan paling sedeh bila lepasa kawen ak memberi amaran dia bukan lagi tempat paling layak untuk mengadu tapi suami. aku tak rasa ada orang lebeh baik dari mak dalam protect kepentingan hidup dan masa depan aku… sampai sekarang aku belum boleh terima hakikat ini dan sampai sekarang aku tak bernai nak ngadu apa2. tapi aku tau mak mesti boleh rasa bila masa aku sedeh bila masa aku susah dan bila msa aku perlukan dia.. walaupun tanpa bercerita.

lepas tuh. mak nih dia memang manusia tak boros. bukan sebab dia takde duti tapi sebab dia hanya berbelanja bila perlu. malah dia peyimpan duit yang baik. kalau duit kasik kay dia boleh beranak pinak tapi kalau kasik kat aku beranak pinaklah hutang aku. dia pesan… "kalau kau mampu tahan kehendak kau, barulah…" pesan dia tak abes tapi sekarang aku paham.

mak aku nih, hari hari makan kedai, dia cakap kalau takde orang macam dia macam mana kedai nak laku. orang kedai pun nak carik makan. tapi sebenarnya dia penat. kilang kerepek tuh takkan jadi macam sekarang kalau mak sebuk masak kat rumah.

lagi, abah. abah adalah suami penyayang romantik. penyabar dan pemurah. susah nak explain tapi abah ngan mak adalah pasangan paling best tanpa derang sedar. aku nampak, malah adik beradik aku pun nampak abah begitu appreciate mak dalam hidupnya. kalau takd emak dalam hidup dia tah apa dah jadi kat dia. dulu dia pernah cakap kat aku cenggitu.

aku nak jadimacam mak. orang yang penuh prinsip. prinsip hidup yang tak dimakan oleh konon harumnya kekayaan dan tak dimakan konon kejinya kemiskinan. aku  boleh cakap cenggini sebab mak dulu orang susah yatim piatu.

dalam tak berbapa dan beribu, hidup berpindah randah dari satu rumah abang ke kakak kakak yang lain, mak tak pernah malu dengan kesusahannya tapi dia menjadi semakin kuat ngan prinsip. biar dipandang orang berprinsip. orang berprinsip takkan jatuh kerana susahnya miskin dan hayalnya senang. aku mahu jadi orang bebas. bebas dari terjebak kepada kehendak duniawi yang meruntun aku untuk saling berlumba antara satu sama lain dan bebas dari kemelut hati yang tak berkesudahan hanya kerana kekurangan.

Serius mak. kalau boleh diulang masa… takkan ada mak atau abah kedua untuk aku.

sekali lagi dan lagi aku tujukan sajak lapuk nih untuk mereka:

Dalam terang ini, masih menggagau mencari jalan pada hamparan yang begitu luas dihadapan. Begitu indah di mata orang dan amat asyik di pandangan sendiri. Melempar senyum pada suatu kepastian yang tiada hakiki tanpa lelah kudrat meyakinkan-NYA bahawa diri ini berhak untuk kebahagian sebegitu… lalu untuk pertama kalinya dalam umur nafas ini, aku malu pada diri.

Kuasa yang Esa, aku yang hanya tahu meminta, meminta lagi untuk sedikit kurnia. Atas kehendakmu yang tiada untukmu dan tanpa merubah sedikitpun yang lain. Tanpa mengganggu-gugat sedikitpun yang lain.

Yang lain-lain di jalan-jalan dan lorong-lorong sendiri-sendiri. Yang lain-lain dikenangan-kenangan dan mimpi-mimpi sendiri-sendiri. Yang lain-lain itu, dengan harapan dan doa-doa sendiri-sendiri itu bukan juga sesiapa. Hanya sesama kita yang berlindung di langit yang sama dan berpijak di bumi yang ini…

Kembali pada diri, tetap berdiri di tapak yang sama. Masih juga tersenyum kerana hati yang mula terbuka. Melepaskan yang lalu untuk sesuatu yang bukan lagi dulu, nyatanya untuk yang di hadapan itu. Yang dilihat orang indah, yang dipandang sendiri asyik.

Hendak sangat ke sana….Ingin sangat ke situ …Arah mana kaki perlu dihayun? Tentu sahaja ke depan.

Hadapan yang mana?… kerana begitu sekali luasnya, begitu sekali indahnya, begitu sekali asyiknya hingga aku hanya terpegun di sini. Berkira-kira di sini, menghitung dan membilang tentang hari depan yang bercerita tentang masa depan. Tetap terkaku juga di sini.

Dalam berkira-kira, menghitung dan membilang itu, diri agak keliru dengan kecantikan yang diharap dan dengan keburukan yang ditakut

Makanya itu, dengan berbekalkan hati yang hanya Engkau yang tahu, diri masih di sini.