desir pasir dipandang tandus,
biarkan aku pergi kepada alam yang kukira bisa memahami. bukan ragu yang kulepaskan kepadamu hanya manuisa biasa ini yang seringkali tewas dengan desakan dan terjahan kelibat hitam yang memakan hening sucinya putih-putih kegembiraan yang mewarnai ruang legar warna-warna hidup yang pelbagai ini. aku ingin menjadi pengagum itu, pengagum tulin tidak endah pada segala riwa riwi rencam tingkah manusia lain. tapi, aku manusia biasa yang hatinya tidak gagah mana malah cengeng sekali hakikatnya. kecengengan ini kukira bukan asas kepada halusnya naluri manusia biasa percayalah aku begitu pasrah atas setiap detik takdir perjalanan hidup. Ampunan kupohon lagi dan lagi kerana manusia biasa ini walau pasrahnya dilaung berdekah-dekah masih punya rasa takut dan gelisahnya akan susah dan derita. Ya Rahman Ya Rahim.. pintaku selalu… janganlah manusia biasa-biasa ini diberi ujian berat sebagaimana kaum kaum dahulu itu kerana manusia biasa ini takut tak terpikul.
nota: manusia biasa/manusia biasa-biasa adalah berbentul singular
http://www.youtube.com/watch?v=NzKbG0Ny9CE