aku tahu kenapa ia dipanggil ‘white lie’

lately nih pikiran aku banyak menerawang dan merewang rewang dan melayang….

pertamanya pasal pilihanraya dan undi
keduanya pasal kerja
ketiganya pasal aku
dan
akhir-akhir nih pasal orang lain… orang sekeliling aku.

entahlah…. bila aku tengok semua orang yang ada kat tepi tengah depan dan belakang aku… aku rasa hepi and contented… naperr pastuh aku tadi terbaca pasal orang lain. dan hanya satu tindakan kita… walaupun kecil, secara tak sengaja atau sengaja sebenarnya impaknya besar kat orang lain.

pastu… ada orang pernah cerita tentang Nur Muhammad.

hakikat kehidupan… yang global nih. amerika polis dunia tuh, dunia arab dan palestin… dan yang remote sket tentang culik nurin jazlin pasal bunuh ke rompak dsb… takde satu pun sebenarnya yang tak tertulis. takkan dunia ini dicipta dengan orang2 kejam itu melainkan dengan penuh hikamh dan adakalanya aku sendiri kejam dalam konteks kehidupan aku dan orang2 sekeliling aku. plus aku pun punya history hitam.

—hmmm…. kenapa perlu bersedih dengan hakikat yang sebenarnya sungguh cantik ini. aku kira aku masih jauh beruntung … sesangat sangat. pastu kenapa plak hanya kerana diri sendiri dan pendapat sendiri aku jadi begitu degil untuk….. buat jerrlah.. insya-Allah kebaikannya banyak walaupun bukan untuk aku… kan?

kerana hidup sudah didalamnya dan prinsip hanya menjadi keanehan

panjangkan tajuk aku?

bila sesuatu kepincangan itu menjadi norma, siapa yang tak pincang dan bertindak sewajarnya, orang yang tidak pincang hanya akan dianggap suatu keanehan.

contoh- JPJ, saman, insurance keta dan duit kopi.

cubalah reka cerita tentang duit kopi dan JPJ… panjangkan seket ngan kisah seseorang yang cuba bayar duit insurans dan seorang kerani yang berniat tulus nak tolong rengankan beban bayar saman- to her, semua client dia datang rayu mintak tolong kowtim nagn JPJ- pastu duit kopi soploh doploh adalah normal- untuk dia, dia hanay membantu orang kekurangan wang. (cubalah piki kak woit! renoketa abes ribu riban banyak plak duit derang!)

sama ada aku yang berjiwa lembut bila orang bersuara lembut meminta maap. dan aku tau betapa garangnya adik aku bila dia tak berkenan dengan pompuan yang pandai mintak duit kopi.. that’s why dia susah dapat awek kot? dia selalu jadik budak jahat. pernah tak dengar, kadag2 kita terpaksa jadi jahat hanya untuk suatu kebaikan. been there before n it was so damn hard coz the love one fail to understand. or maybe cara penyampaian yang tak bagus… tak sampai.. hahahaha

intinya d cni.. masyarakat kita memang sudah lama bobrok… itu baru cerita JPJ. mesti banyak yang lain kan?

tak payah atau payah

Buat perr terjebak dengan benda yang tak de makna langsung…kecuali makna kepada makna demokrasi yang semakin terserlah… taik kucing lerrr…  baik bebas dalam erti kata sebenar. tapi ada seket semangat kemelayuan menebal dalam diri aku mintak aku pergi register…demi melayu …undilah UMNO… tapi… hmm… (kalau betul demi melayu… banyak benda lain aku boleh mula antaranya…. bla bla bla bla… kita ada cara sendiri2 tuk betul2 berjuang atas nama melayukan????… tak perlu politik dan politikus dan tikus-tikus dan kusyen-kusyen kat parlimen tuh… kalau melayu tuh sendiri malas dan sendiri malas… kan lebeh baik betulkan malas tuh dulu. lol…. ngah ngah ngah… aku xde emotional urgency tuk daftar ngundi. jauh sekali gi ngundi… kalau ngundi hanya menambahkan keegoan derang atas nama yang derang konon2 juangkan… nyampah aku!…selamat menconteng kukulah pengundi pengundi sekalian :P  paklah ngan teori die yang telah menyengetkan kaum2 peniaga kecil macam kiterang kepada lebeh ktakstabilan. adik aku dah stop jualminyak sebab modal tak cukup sebab kenaikan hampir sekali ganda dalam hampir 2 tahun. pegi jumpa cina yang mantain masih jual minyak. adik aku adalah beli barang dia berasaskan kepada minyak nagn harga yang jauh mahal tapi kat situ jerr ada… adik aku sajerr la perli.. "wah lu, talak kasi can wo… semua kasik naek!"  cina tuh selamba jeer jawab "paklah bodoh..".. sorilah paklah voter… aku cerita balik jerr kejadian sebenar.

—————————

pertanian satu perniagaan konon! tolonglah pegi cek ladang2 buah naga kat johor tuh. cina2 tuh dapat tanah kat mana? berapa sewa? takpun berapa rasuah melayu keparat dah amek tuk bagi tanah kat cina

………………..

tapikan… aku masih caya ada kat luar sana yang betul2 bersih dan pentingkan integriti dan jati diri cuma tak tau yang mana satu dan sure mati tak ramai. moga orang2 ini akan tetap ada dan akan bertemu dengan orang2 begini jua dan akan meningkat ramai jua hendaknya.

hidup bukan umpama roda

hidup bukan umpama roda! orang kata kejap kita kat atas kejap kita kat bawah. No! this idea came from my sister killa. setuju bangaet sama kamu.

ada sorang kawan dia kata senag itulah ujian dan susah tu plak lerrr masa tuk kita berlatih. so preparationnya ialah bersungguh2 lah dalam latihan anda! bila susah tuh apa paling patut di buat?

meraung macam orang gila atau belajar mencari jalan paling baik dan jalan itu tak datang sehari yang mana memerlukan kesabaran yang waja… dia akan m uncul selepas beberapa ketika…

again kita manusia biasa… seorang mencemuh. rasa seluruh dunia mengejek. seorang berlagak acuh tak acuh… rasa macam seluruh umat akan memberi muka sengat yang sama. be kental beb sebab muka senget tu akan senyum meleret dan saatnya diorang senyum meleret tu lerrr uijan kamu datang semula dan rutin itu akan kembali dan lagi dan lagi.

———————————————————–

apa itu kegembiraan? selepas penat lelah ini… ada tak saat yang itu?