Selamat Datang 2008- Dunia

-Dunia berubah lagi -                                               (can only treat u the way u allow me to treat you)

selamat datang 2008- melihat dunia berubah, berubah dan berubah lagi. sudah lama aku menari mengikut perubahan rentak itu. akhir lewat ini aku cuba menari tarian indah dalam dunia yang kau pilih. semalam, aku jumpa lagu indahmu- oh indah lagumu itu hingga aku lupa rentak apa tarianku kini - dikata tega menari indah di atas tangisan.. wah! senikata lagunya begitu bagus sekali!!! bertepuk sorai aku disini hingga canggung tarian baruku…

2008.. dunia berubah dan berubah dan berubah. biarlah berubah. aku juga sudah lupa rentak tarianku. biarkan aku dalam rentak tarian lamaku. biar hilang ditelan zaman tau mungkin nasibku baik menjadi warisan tak termakan waktu.

ku kira, aku telah jumpa alasan atas kegembiraan hakiki itu. tak perlu berubah sayang kerana yang berubah itu perjalannannya waktu yang tidak mungkin bisa kau tahan…

No comments yet. Be the first.

Leave a Reply