adakah hakiki bardasarkan kata dasar hak dan kemudian campur memiliki?

manusia selalunya lupa dan lalai… 

kesian kan? kadang2 orang tak sengaja untuk mencipta keadaan sampai jadi begitu sekali keadaanya. itulah, hidup kena ada prinsip dan tahu menjaga hak diri. bila tahu hak diri, bila tahu sayang diri barulah tahu bagai mana nak sensitif dengan perasaan dan hak orang lain. barulah tahu bagai mana nak jaga hati orang… kepada hati yang tak terjaga, semoga pandai menjaga diri dan mancari jalan terbaik biar dikata orang busuk sekalipun..

apa bezanya bila mana hati busuk kerana hendakkan sesuatu? dengan hati busuk kerana tak dapatkan sesuatu? dengan nampak busuk kerana hak dan memiliki itu tak nyata?

eh wani! apa kena mengena soalan ketiga ngan dua solan awal tuh?

sajerrr.. intro untuk persoalan sebenar. mental exercise.

hak dan memiliki itu hanya pada tuhan. jadinya apa yang ditetapkan adalah hukumnya yang paling adil dan mengikut tabii alam. tabii sikap manusia itu… yang kikir lagi penting diri… yang lupa lagi cuai…. yang pendendam… mungkin lebih simple… yang sangat kerdil kudratnya cuma mampu merancang.. kadang2 kita rasa semua dah dalam perkiraan campur tolak bahagi tambah.

kadang2 jerr….

Selamat Datang 2008- Dunia

-Dunia berubah lagi -                                               (can only treat u the way u allow me to treat you)

selamat datang 2008- melihat dunia berubah, berubah dan berubah lagi. sudah lama aku menari mengikut perubahan rentak itu. akhir lewat ini aku cuba menari tarian indah dalam dunia yang kau pilih. semalam, aku jumpa lagu indahmu- oh indah lagumu itu hingga aku lupa rentak apa tarianku kini - dikata tega menari indah di atas tangisan.. wah! senikata lagunya begitu bagus sekali!!! bertepuk sorai aku disini hingga canggung tarian baruku…

2008.. dunia berubah dan berubah dan berubah. biarlah berubah. aku juga sudah lupa rentak tarianku. biarkan aku dalam rentak tarian lamaku. biar hilang ditelan zaman tau mungkin nasibku baik menjadi warisan tak termakan waktu.

ku kira, aku telah jumpa alasan atas kegembiraan hakiki itu. tak perlu berubah sayang kerana yang berubah itu perjalannannya waktu yang tidak mungkin bisa kau tahan…