a girl and her shadow
satu hari seorang budak pompuan tersedar ada benda ikut jerr perbuatannya. benda tu gelap dan berbentuk seperti dirinya tapi tak berhenti-henti mengajuk perbuatannya. dia jalan, benda tu pun jalan. dia lompat, benda tu lompat. dia terbang, benda tu terbang… wait>> mcm mana budak nih pandai terbang? eheh.. ok pastuh dia pun makin seronok… main-mainlah dia ngan bayang-bayang nya sendiri..
hari pun malam bayang-bayang pun hilang. budak pompuan tuh sedeh. cari kat mana2 tak jumpa pastu dia punbalik tido.
esok siang dia jumpa bayang2 tuh. dia pun tanya.. "awak pegi mana semalam?" bayang2 tu tak jawap.. puas dia cakap dengan macam2 bahasa.. (tere kan budak pompuan nih?) tapi bayang2 tuh tak jawap… bila tengahari, hujan pun turun dan hari semakin suram. bayang2 pun hilang…
budak tuh pun menggagau carik tak jumpa walau dimana jua. bila dia balik rumah, mak dia pasang lampu, dia pun nampak bayang2 tuh tadi, tiba2 dia dapat satu idea, dia pun try buat bahasa isyarat. malang dan makin menyedehkan budak tuh, bayang2 tuh tak paham dan sedehnya bayang2 seolah2 mengejeknya dengan buat balik bahasa isyarat tangan yang dibuatnya tadi… dia pun nangis dan akhirnya tertido…
esoknya satu hari hujan dan bayang2 pun tak datang sampai ke malam.
esoknya lagi satu, hari yang cerah. matahari dah tercacak kat atas kepala barulah budok pompuan tu bangun. tibe2 dia terperasan bayang2 dah ada kat sisi dia. dia pun hepi dan start main cam biasa tapi dia tak puas hati sebab bayang2 macam tak pedulik sangat dengan apa yang cuba disampaikan pastu dia pun tulis surat kasik kat bayang2.
bayang2 tetap mcm biasa. main mcm biasa. budak tuh pun terasa apakah dia salah mengeja, salah tatabahasa, salah nahu (eh, .. mestilah! ko kan baru jerr masuk tadika bulan lepas. itu pun awal, msih lagi 5 tahun) eheh.. budak pompuan tuh tak tahu nak buat apa lagi.
tapi bila dah setahun budak tuh kawan dengan bayang2 tuh akhirnya dia sedar bayang2 datang kerana cahaya…. tu sebab bila hujan ngan gelap dia takde. dan bayang2 itu adalah dirinya sendiri.. tu sebab dia tak paham bahasa budak pompuan tuh sebab budak pompuan tuh tak paham diri sendiri….
kesimpulannya. budak pompuan tuh belum belajar sain.. apatah lagi sain ekonomi, sain serangga dan sain rumahtangga.. ehehehe