Assalamualaikum…
Salam to all muslims and selamat sejahtera to the Non– (wondering if there is at least one who still interested to read my boring and unpurpose writing.. hehe)— weng2 never mind… the only reason to delete and create new blog nih is just becoz i need a change and for the purpose of recording my deepest query or thought of the day that i dont know to whom can i share with.
So… my first deepest feeling that i real-real really wanted to tell to all ie To my parents, fiancee, siblings and frens…. is nothing but i really love you all. as simple as that but just dont know how to tell that love and appreciation 2 u guys .. eheh.. takut kang nanti korang kata aku buang tebiat.. hahahahaha
——————
and.. below are all my precious writing that i wrote with all my wisdom… ahaks… macamlah aku nih writer ke penyair ke… setakat ntahapaapa tu adalah…. hihihi
May 14, 2007
Obvious Coincidence
Yang nih betul2 lawak… hehehehe… Malay Mail hari nih.. Teacher: "can anybody give an example of coincidence?" Student: " My mother and father got married on the same day, at the same time".
May 07, 2007
Renung2kan (kata Imam HOT.fm) :).
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dan p
February 23, 2007
unintended
manusia yang paling penting diri cuma piki kesusahan diri. konon2 mending broken of the life before— live in regret— nothing can fix– belajar untuk diam dan lebih mendengar. berkata-kata bila perlu tak sama dengan memendam rasa. memendam rasa tak sama dengan menyimpan rahsia. menyimpan rahsia tak sama dengan sembunyi. sembunyi tak sama dengan berpura-pura. berpura-pura tak sama dengan berubah. berubah tak sama dengan insaf. yang mana baik? hitam dan putih bukan warna… menilai warna bukan dari pandangan…. hmmmmm penatlah. cukup kot untuk aku menilai kehidupan yang aku hendak cari atau telah ada… betul2 penat adik aku bagi lagu unintended kat ex bopren dia… aku rasa aku nak bagi kat diri sendiri plak walau takde kena mengena antara hidup dan mati nya aku kat dunia ini… takde kena mengena. ye ke?
u could be my unintended choice to live my life extended u could be the one i’ll always love. u could be the one will listens to my deepest inquisation u could be the one i’ll always love I’LL BE THERE AS SOON AS I CAN BUT I’M BUSY MENDING BROKEN PIECES OF THE LIFE I HAD BEFOREfirst there was the one who challenged all my dreams and all my balance she could never be as good as you u could be my unintended choice to live my life extended u could be the one i’ll always love I’LL BE THERE AS I CAN BUT I’M BUSY MENDING BROKEN PIECES OF THE LIFE I HAD BEFORE-BEFORE U ———————————————————————————- dan selagi itu dia kata dia tetap akan diam walau pun bibirnya tak henti-henti bercakap… bercakap bukan dari hati yang terdalam February 23, 2007 |
March 01, 2006
celikkan hati- mengembara
" Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati, yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." - Surah al-Hajj 22 : 46 -
NOTA WAKTU
beritahu pada seorang kawan nak buat blog baru… tetiba dan macam selalu, taknak tukarlah… boleh tak macam ni? asyik tukar-tukar. one minute u want, one minute u dont want… ………………………………………………………………………….
HARI INI ENGKAU DISAYANGI, JANGAN TAKUT, ESOK KAU AKAN DIBENCI DAN JANGAN LUPA, SEBELUM ITU PUN KAU TAK TAHU APA-APA. HARI INI KAU DIRINDUI, JANGAN GUNDAH, ESOK KAU AKAN DILUPAI DAN JANGAN LUPA, SEBELUM ITU PUN KAU TAK MINTA DIPUJA. HARI INI KAU DIPUJA PUJI, JANGAN SOMBONG, ESOK KAU AKAN DIKEJI DAN JANGAN LUPA SEBELUM ITUPUN KAU TAHU DI MANA KAU BERADA. HARI INI KAU DISANJUNG, JANGAN WALANG, ESOK KAU TAKKAN DIKENANG DAN JANGAN LUPA SEBELUM ITU PUN KAU BUKAN ORANG BERNAMA. HARI INI KAU BERIMAN, JANGAN TAK BIMBANG, ESOK IMAN KAU MELAYANG DAN JANGN LUPA SEBELUM ITUPUN KAU SERING MEMOHON ALLAH SELAMATKANLAH DARI DOSA. HARI INI KAU BERAMAL, JANGAN LALI, ESOK TIBA KEMATIAN DAN TENTUKAN TIDAK LUPA SEBELUM ITU KAU MEMINTA ALLAH BALASAN SYURGA. -By Sabri Ibrahim utusan Malaysia18/12/2005
November 28, 2005
yang tersalah
bila mana aku lebih mementingkan diri daripada orang-orang yang aku sayang.
WAJAH-WAJAH /28/11/2005
(setiap yang pernah hadir dihadapan wajahku) Dalam aku menerka setiap kedutan dan larikan wajah-wajah yang terpamer dihadapanku dalam seumur nafas ini, aku terlihat dua wajah yang tidak dapat aku lukis kembali walau dengan kata-kata hatta dengan tulisanku pertamanya dimimpiku…seraut wajah masa silam dan keduanya…seraut wajah hari ini dan sebentar tadi. Pada hatiku yang selalu salah menebak aku melihat kedua-dua wajah itu Bukan dengan kewarasan akal atau getus naluri Tapi dengan wajahku sendiri Wajahku sendiri yang tidak aku tahu Kecuali aku mencerminkannya dihadapanku Wajahku sendiri yang bercerita tentang wajah-wajah itu Wajahku yang tidak akan aku mengerti Jika tidak aku mencerminkannya bilamana wajahku mungkin sama seperti itu. Arakian, kebetulan bertemankan Seorang teman yang tidak pernah tahu Riak-riak wajahku Dia berbicara melalui tulisannya tempoh hari… "dalam senyumanmu ada terlakar raut-raut rindu yang mendalam, tapi dalam rindumu tersemat sejuta dendam dan dalam dendammu itu ada sekelumit rasa kejam yang membenam…"
Telahan…benarnya hanya pada pengakuan yang tidak pernah dilaksanakan, hanya pada hati yang selalu meminta pada yang Esa untuk membalasnya… kerana aku tidak mampu, kerana aku tidak pernah ada kudrat , kerana aku tidak pernah ada daya. Untuk marah yang tidak aku tahu puncanya untuk sebal yang tidak aku tahu ceritanya hanya hati yang tidak mahu menerima hakikat takdir tuhan bahawa kita ini tidak pernah sempurna… maha suci tuhan hanya engkau
aku hanyalah aku
Aku hanya aku yang aku tahu aku dimatamu tidak mahu aku menerka kerana aku tidak pernah membuktikan apa-apa dihadapanmu kerana aku hanya mahu membuktikan pada diri bahawa aku masih punya diri sendiri. alangkah pentingnya aku pada diri sendiri masih berharap agar engkau sudi terus memahami walau di mana aku berada…. Engkau di mataku… adalah engkau dengan pelbagai rupamu tapi aku tahu ia tetap engkau. mataku masih tidak mahu percaya engkau itu yang inginku lihat selalu….. biarpun engkau akan terus hilang selamanya. November 25, 2005 |
November 16, 2005
the good and bad of technology
dari topic jerr dah sound so formal. the reality is teknologi memang memudahkan, mencantikkan dan mencepat segala apa yang kita nak dan mahu. nak jadi yang tercantik atu terbagus sekali dan terpantas sekali. yang sekali kali apa-apa lah hingga lupa (tak semua) tiada yang se-kali kecuali hidup dan mati. in short, everything is not perfect. tiada sempurna dan lengkap and it will always at least a mistake. perfection is nothing but imperfection. you cannot be perfect without having the imperfect to show you how perfect youre actually which always will cannot. hemmmmmm… kan dah start merepek cik wanie nih. ok.. bercerita tentang teknologi… amik contoh my first resignation letter kat bawah. aku ingat itulah sejujurnya aku masa aku tulis tuh. but who knows what is the real intention of my inner heart to wrote that. to admit the cruel side of mind and heart is nothing to make me realise that i’m far from correct. and aku tak sangka the real person who i intended to read it will think its a joke. it could the most sincerest thing if he knows but it just turn out to be a cruel joke for me. same thing with sms, email, blog etc. the real purpose is to release everything yang ada dalam hati dan fikiran but it always turn out to be tempat melepaskan geram dan marah. where is our sincerity? still hanya dalam hati…. i told a fren 4 bulan yang lalu pada 7.7.05, at the end of the day, god will look at our heart. simple…. tengok jerrr dalam quran… berapa banyak ayat yang tulis sesungguhnya tuhan maha tahu apa yang ada di dalam hati mereka which is us…. hati kita… kita pun tak tau sangat because we will always justify it. justification is nothing but to fing justice and justice is nothing and will always not even a thing sebabnya it is solely belongs to god. tuhan kita yang menciptakan kita daripada seluas-luas alam dan sebesar-besar kejadian hingga yang sekecil-kecil dan sesempit-sempitnya ruang. dan tiada yang lebih menggambarkan itu semua kecuali akal dan hati yang lapang atau sempit. it depends on how we handle it. dan sebagai manusia berusahalah untuk me’limit’kan segala ketaksemprnaan kita. everything got tohave limit even to use the kindness. sebabnya… kebaikan hanyalah lambang kepada keburukan yang ada. keburukan adalah lambang kebaikan and they have to work together to make them exist and nothing can stand alone except our Creator to those who wants to admit it dengan pengucapan kalimah syahadah atau kepada yang tak mahu mengaku langsung! i am very emotional today. sangat marah pada diri sendiri yang sangat ……. tak tau nak kata apa!!!!!! November 16, 2005 |
October 21, 2005
the golden cave
jujur(radja): duhai kekasih pujaan hatiku, dapatkah kau memberiku satu erti, sedikit rasa yang bisaku mengerti, bukan sumpah atau janji, buktikanlah bila kau ada cinta, setulus hatimu bisa menerima, sebatas kejujuran yang kau miliki, bukan sekadar bersama…jujurlah padaku bila kata hati cinta, tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama, jauhi dirku lupakanlah aku selamanya. Sebuah Gua dan sang raja Pada zaman dahulu kala, terdapat sebuah kampong bernama kampong matahari yang terletak di bawah jajahan taklukan kerajaan cahaya bulan. Kampong matahari sunggoh terkenal di merata alam kerana, seperti mana yang diceritakan oleh nenek moyang kta, disitulah terletaknya sebuah gua ajaib. Keajaiban gua itu adalah kerana disitulah letaknya secangkir air suci yang boleh memberikan kehidupan abadi kepada sesiapapun yang meminumnya. Akan tetapi, tiadalah sesiapapun yang berani hendak ke sana kerana seperti yang diceritakan, tidak pernah ada seorang pun yang berjaya pulang dengan selamat. Khabarnya, biarlah hebat sekalipun kuasa dan aura yang ada, tinggi sekali ilmu di dada sia-sialah belaka hendaknya kerana akan matilah jua digua keramat itu. Sebagaimana yang diceriterakan, raja Negara cahaya bulan sangat tamak orangnya. Walaupun baginda seorang raja yang sungguh kaya raya di alam buana ini, baginda tidak tahu apa itu erti puas. Rasa bersyukur itu tidak pernah terlintas dibenaknya. (agaknyalah) diriwayatkan, tiadalah baginda itu hendak memikirkan perkara lain kecuali bagaimana hendak meluaskan jajahannya dan sekaligus menambah kekayaannya. Dan seperti yang dikhabarkan, tiada pun satu dari kerabatnya yang disayangi kecuali jika orang itu tahu memberikan harta dan nama kepadanya. Tiadalah raja itu tahu makna cinta. Kecuali cintanya pada nama dan kekayaan yang sementara ini. Hendak dijadikan cerita, raja kerajaan cahaya bulan ini tidak bernama orangnya. 7 hari sebelum dilahirkan, ibundanya telah bermimpi dengan mimpi-mimpi yang aneh di mana ada satu suara yang melarangnya memberikan nama kepada satu-satunya putera yang akan diperolehinya itu. Berulang-ulang kali amaran yang sama diberikan, jika mahu puteranya itu panjang umur, janganlah hendaknya diberikan nama kepadanya. Waktu itu, habislah sudah tukang-tukang tilik dan tok-tok nujum sekalian dipanggil mengadap bagi mentafsir mimpi si permaisuri. Segala firasat dan tenungan diluahkan maka bersepakatlah mereka itu menyuruh permaisuri menurut sahaja perintah suara di dalam mimpinya itu. Maka, tidak bernamalah sang putera sehingga dewasa dan menjadi sultan kepada cahaya bulan. Dan tiadalah panggilan lain untuk diri baginda kecuali tuanku sahaja hendaknya. Pada suatu hari yang sungguh baik, sang raja telah memerintahkan budak gong untuk mencanangkan gong pengumuman. Datanglah rakyat jelata berduyun-duyun, ada yang capek, ada yang berseri, ada yang cantik rupa ada pula yang berkaki satu, ada juga sibongkok tiga, ada yang datang berlari ada yang mengengsot dan ada yang berjalan bersahaja-sahaja juga. Masing-masing berpusu-pusu mahu mendengar titah raja. Kalau baik gembiralah mereka. Kalau buruk khabra berita, menangislah mereka. Sang raja dengan bangganya bertitah " wahai rakyatku, kini betalah raja bpaling berkuasa di dunia. Akan tetapi beta tentu akan lebih berkuasa bila beta dapat minum air suci digua kampong matahari. Beta akan berangkat sekarang dan janganlah kamu semua bimbang akan keselamatan beta" Selesai bertitah, masing-masing senyap seribu bahasa sahaja. Masing-masing rasa baguslah wahai rajaku, supaya kamu mendapat pengajaran berguna kelak di sana . Ibundanya cuba melarang tetapi apalah yang boleh dilakukan dengan hati degil ini. Dengan hati yang keras dan dibulatkan itu maka berangkatlah sang raja berseorangan menuju ke gua kampong matahari demi menjadi hidup tiada mati itu. Setelah hari berganti minggu, minggu berganti bulan,tanpa ada aral yang melintang patah dan tanpa ada halangan yang membujur lalu, sang raja pun sampai ke pintu gua tersebut. Terdetik di hati baginda: "apalah yang susah sangat, tiada masalah langsung,entah-entah rakyatku itu menipu sahaja membawa ceritera karut-marut biar beta tidak kemari. Huh! Sunggh dengki rakyatku itu rupanya.ulai hari ini tidak aku percaya pada siapa-siapa pun kecuali diriku sendiri. Manusia-manusia sekalian, sekembalinya beta nanti akan beta hokum kalian seberat-beratnya. Hahhahahahaha!" bergelak ketawalah sang raja seorang diri. Tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan yang mengajuk-ajuk ketawanya. Sang raja pun terdiam. Suara itu turut diam. Sang raja berdehem. Suara itu turut berdehem. "siapa di sana ?" Tanya raja dengan marah. "saya bukan siapa-siapa tuanku" jawab suara. "huh! Jangan cuba hendak mengejek beta pula. Tunjukkan rupamu ayuh lekas" marah sang raja. Sahayugia, muncullah seorang gadis yang comping-camping dihadapan raja itu dengan senyum disimpulkan. "ampun tuanku, patik pacal yang hina tidak berniat menyinggung tuanku" mendengar kata maaf dari gadis comot itu, sang raja berubah fikiran. "sudah, mari kemari" tiba-tiba timbul difikiran sang raja "biar sahaja budak camping ini. Sekurang-kurangnya dia boleh menjadi bahan liburku di hutan sunyi ini" "to be continue ….." October 21, 2005 |
September 22, 2005
few days before today…
06-09-2005 Dalam terang ini, masih menggagau mencari jalan pada hamparan yang begitu luas dihadapan. Begitu indah di mata orang dan amat asyik di pandangan sendiri. Melempar senyum pada suatu kepastian yang tiada hakiki tanpa lelah kudrat meyakinkan-NYA bahawa diri ini berhak untuk kebahagian sebegitu… lalu untuk pertama kalinya dalam umur nafas ini, aku malu pada diri. Kuasa yang Esa, aku yang hanya tahu meminta, meminta lagi untuk sedikit kurnia. Atas kehendakmu yang tiada untukmu dan tanpa merubah sedikitpun yang lain. Tanpa mengganggu-gugat sedikitpun yang lain. Yang lain-lain di jalan-jalan dan lorong-lorong sendiri-sendiri. Yang lain-lain dikenangan-kenangan dan mimpi-mimpi sendiri-sendiri. Yang lain-lain itu, dengan harapan dan doa-doa sendiri-sendiri itu bukan juga sesiapa. Hanya sesama kita yang berlindung di langit yang sama dan berpijak di bumi yang ini… Kembali pada diri, tetap berdiri di tapak yang sama. Masih juga tersenyum kerana hati yang mula terbuka. Melepaskan yang lalu untuk sesuatu yang bukan lagi dulu, nyatanya untuk yang di hadapan itu. Yang dilihat orang indah, yang dipandang sendiri asyik. Hendak sangat ke sana….Ingin sangat ke situ …Arah mana kaki perlu dihayun? Tentu sahaja ke depan. Hadapan yang mana?… kerana begitu sekali luasnya, begitu sekali indahnya, begitu sekali asyiknya hingga aku hanya terpegun di sini. Berkira-kira di sini, menghitung dan membilang tentang hari depan yang bercerita tentang masa depan. Tetap terkaku juga di sini. Dalam berkira-kira, menghitung dan membilang itu, diri agak keliru dengan kecantikan yang diharap dan dengan keburukan yang ditakut Makanya itu, dengan berbekalkan hati yang hanya Engkau yang tahu, diri masih di sini. Dedicated to my mother and father… which always there and strong to face these hurdles of life…especially to have a daughter like me… J 20-09-2005-Ok mak… after today, memang nak berenti cuma… i have a little thing to do… hopefully i can start it soon and
August 14, 2005
yang diam
bila diam bukan maknanya senyap, bukan maknanya sudah, bukan maknanya lerai, bukan maknanya habis, bukan maknanya selesai… bila diam bukan maknanya tidak tahu, bukan maknanya membiarkan, bukan maknanya mengiakan, bukan maknanya setuju…. bila diam bukan maknanya pasrah, bukan maknanya lega, bukan maknanya tawakal, bukan maknanya berserah… bila diam bukan maknanya marah, bukan maknanya benci, bukan maknanya tak suka, bukan maknanya memendam…. bila diam bukan maknanya tiada apa-apa, bukan juga maknanya ada apa-apa…. bila diam… itulah yang terbaik daripada berkata-kata. August 14, 2005 |
August 11, 2005
7 juga akhirnya
baru sedar aritu, size kasut 7,keta plat no 7–7, pastu sekang ni aku cuma ada 7 hinggit, tadi aku perasan tingkat opis lama bosaku sebelum dia pindah opis baru pun 7,pastu lakan….nama aku ada 7 huruf _ _ _ _ _ _ _. pastu..tunggu lagi la 7 yang lain August 11, 2005 |
hati…
[Nabila..bila aku piki balik, buat apa nak bukak blog lainkan? baik aku stay sini] sepanjang beberapa hari dan bulan,hidup yang dikuasai sunyi dan tak mampu dikawal..kenapa begitu menekan? kenapa aku tak mampu? dan mulut aku yang tak pernah ada insurans ni tak berenti komplen..komplen..komplen… =================================================== saat sudah berganti kesaat yang lain,samaada perubahan itu ada dan akhirnya boleh ketara atau memang tak pernah melainkan ditakuk yang lama tapi lebih buruk mungkin hanya menuju kebelakang…apa yang terjadi sebenarnya? =====================================================
segalanya bermula kerana apa? kenapa? bila?di mana? Rasa…"ikut rasa binasa,ikut hati mati". atau..pernahkah bermula? atau..pernahkah ada? atau.. hanya diri yang menganggapnya?atau..hanya hati yang begitu keliru?sehingga…berapa banyak lagi perlu bersoal?adakah sehingga tuhan mengizinkannya atau sehingga akal lupa untuk membatasnya.Tuhan.. doaku adalah perlindunganmu, pintaku adalah kewarasanku, pohonku adalah kewajaran. adakah boleh mempercayai hati kerana diri sudah banyak tertipu kerana engkau. Hati.., mana satukah naluri halusmu? yang bisa menangkap walau sekelibat debu kecanggungan waima sekedip cahaya kebenaran. Hati.., jika kerana dahulu membuat engkau begitu celaru, kalau kerana tidak jujurnya masa silam hingga engkau begitu walang, maka kenapa degilnya kamu membuat kesasauan ini lebih gila dari tidak waras,hingga akal sudah hampir lupa apa itu wajar atau kerana engkau yang selalunya engkau yang tidak berakal tetapi percuma bernafsu. Marahnya diri pada engkau wahai hati, sakitnya pertimbangan ini kerana engkau wahai hati atas bilamana sahaja engkau gembira kerananya,engkau tenang kerananya,engkau tersenyum kerananya dan engkau adakalanya membiarkan derai ketawa kerananya….. apa dia hati? apa yang engkau mahu dari diri yang sudah semakin penat dan payah. semakin sakit dan lelah. bibir siperantara hati dan akal ini seringkali menyumpah bodoh bila diri terjebak dengan sibutahati ini, bibir ini adakalanya mengingat diri bilasahaja akal mendapat kewajaran bukan pada hati tapi pada sipunya hak iaitu diri…..apa mampuku? "aku tidak mampu memandangmu kecuali dengan kasih kerana hati menjadi begitu payah untuk setiap kecelaanmu" ======================================================================== mungkin satu kesilapan sudah cukup untuk hati jadi sedar. August 11, 2005 |
July 11, 2005
kesedaran minima
hmmm….baru tersedar, never let emotion control u!!!! hanya kerna buhsan. aku janji sasau. ok… untuk kesekiankalinya… mula lagi sekali… gunakan keadaan yang ada sebaik mungkin. tak tau nak mula camne… takpe… u have brain!!!!think wani think!!! July 11, 2005 |
June 01, 2005
Yang hidup
(1) Fasa hidup manusia… mula2 pagi… lepastu nak tengahari, pastu petang pastu senja pastu malam pastu rumah kata pergi kubur kata mari! takut tak? (2) yang mula mesti berakhir, yang banyak mesti habis… tapi bila habis boleh banyakkan lagi..yang dah berakhir boleh balik semula. maksudnya? tak abis-anislah sebenarnya sampaila sangkakal pertama berbunyi…. tp… bila sangkakala kedua bergema… bermulalah era baru iaitu alam akhirat…takutnye.. (3) kenapa ek? semua benda ada pasangannya? pelik tak? bleh tak kita idup sensorang… maksudnya without our partner… yang entah lah sape? boleh.. tak boleh… boleh… tak boleh… boleh tak boleh… apa2 jerr la wani woiii!! (4) warna… ada banyak… tak yah pasang-pasang maksud saya, berpasangan. ok… yang nih dah tahap merapu dah woit! (5) yang sebenarnya…………..dah berapa kali dah aku bukak ‘create new post’ nih pastu padam balik. takde fikiran. ”’fikiranku.. tak dapat ku mengerti… kaki di kepala, kepala di kaki!""" lagih sekali… pinjam yerr peterpan :P. eee…aaaa…oooo..mmmmm.hmmm…..errrmmmm….haaaa! akhirnya aku menganga dengan luas tanda dah nak tidur….. woiiiii!!!!!!!!!! jangan tidoq la! June 01, 2005 |
May 27, 2005
CINTA-ku
Aku tengah berteleku memikirkan tentang seorang kawan yang sedang kesedihan. Kesedihan tentang cinte yang tak kesampaian. Tentang cinte yang ditakdirkan untuk terpisah. Melihat die, aku berfikir tentang alam dan kehidupan yang tak pernah diam. Kalau diam pun, dibalik ke’diam’an itu, tetap ada ceritanya. Kisah tentang kawanku itu begini… Dengan tenang dia berkata "ada seorang hamba tuhan pernah melagukan sedikit daripada kalam tuhan untukku yang buat aku berenti menangis dan redha. Dan … hamba tuhan itu pernah berkata bahawa dia akan tetap menjadi lelaki itu". Aku diam… mendengar sahaja. "kata-katanya yang satu itu dan kenangan yg satu itulah kadangkala datang menggigit-gigit tubuhku, merosakkan segala sendi-sendiku, bergema-gema dicorong telinga yang memusnahkan seketika akal warasku". Dia menyambung lagi…"Kadang-kadang bila rasa yang itu singgah. Hatiku memang rosak… bagaimana inginku luah.. aku tak mampu bercerita tentang kenanganku yang satu ini." Aku hanya diam dan akan terus diam tentang kawanku dan kenangannya yang satu itu. Kenapa? Kerana aku tahu dia tahu segala apa yang inginku katakan… bersabarlah kawanku… kisahmu hanya secebis kisah lara jika hendak dibandingkan penderitaan… penderitaan sipenderita2 cinte yang lain. Apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan ke’lara’an akibat keganasan, kebobrokan sosial dan kepincangan akhlak serta keruntuhan institusi kekeluargaan. Paling tidak, kawanku ini punya semua kecuali cintenya. Fuh.. masuk akalkan? DAN…Aku akan terus menyanyi untuk pembebasan………Sing for absolutionour wrongs remain unrectified; and our soul won’t be exhumed….(2 ayat terakhir ni hanya untuk mereka2 yang telah hilang their faith)
(tiada lagu yang lebih suci melainkan kalam_NYA sebagai panduan kehidupan) May 27, 2005 |
May 25, 2005
pagi, siang,petang dan malam
wahai pagi yang membawa nafas baru, wahai embun yang datang dan pergi seiring cahaya… adakah hatiku akan menipuku lagi atau adakah aku yang membiarkan hidup terus di alam khayalan. wahai sinar; adakah cahaya mu pasti kerana aku tetap takut dengan bayang-bayangku sendiri, kerana aku begitu malu dengan keindahanmu kerana engkau begitu anggun hinggakan aku tetap tersipu dihujung petang. wahai bayu senja yang menyapa pipi, adakah benar khabar hatiku atau itu hanya remang-remang mega yang muncul seketika cuma yang akhirnya terus menjadikan aku pungguk di malam tiba, yang terus merenung si bulan tanpa ada harapan selainnya. wahai sunyi, sepatutnya engkau hanyamuncul di malam gelita dan hilang di bawa pagi, dan bukan terus memburuku dan terus mengganggu pertimbangan warasku… wahai pagi yang membawa nafas baru, wahai embun yang datang dan pergi seiring cahaya…. aku disini.
May 25, 2005 |
May 14, 2005
2.30 am/7.5.05
menarik nafas dengan dalam. begitu pasrah dengan takdir dan akan tetap terus merenung dengan sabar di dalam suram cahaya bulan yang tak sedikitpun membantu sibuta mencari arah dan perginya cinte. menyemadikan hati dengan lagu dan warna hidup yang bersimpang siur demi kesenangan yang sementara…waktu bilakah akan datang sang pari-pari yang akan menebarkan cahaya dihujung kayu saktinya lalu melerai sumpah yang sudah lama berselirat. mungkinkah akan diri akan tersedar saat datangnya cahaya yang berkedip-kedip bak bintang-bintang di utara, sempatkah mata menatapi pelangi kala menebarkan ketujuh-tujuh warna nya, dapatkah hati merasakan gerimis-gerimis rahmat yang turun menyejukkan insan yang berduka. maka akan tiba juga hari itu untuk bibir lebar tertawa, untuk langkah-langkah menjadi tarian yang asyik tanpa bimbang akan kecanggungan dan pasti sampai jua saat untuk merasai hidup yang sebenarnya di atas fana ini atau selepas itu…pergilah engkau derita dan datangkah engnkau bahagia walau perlu merangkak sampainya…muncullah dihadapan ini dengan rupa apa kamu, pulanglah dengan kejujuran dan tebuslah segala hutang-hutang duka ini demi tuntutan hati yang berserah segalanya pada yang SATU. fuh… abis pun.. aku di PUDU RAYA… tk sangka kat sini ada cc… cobaanku yang pertama… May 14, 2005 |